Sebelum ini, As’ad Motawh dikritik teruk apabila mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah itu membuang masa dan dirinya tidak menyukai sekolah.

Terbaharu, seorang influencer Yousaf Iqbal pula mengeluarkan pendapat yang hampir sama dengan kenyataan As’ad dalam satu video tular di media sosial iaitu sekolah itu sesuatu yang tidak berharga atau dalam kata lain tidak mempunyai value.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bila aku lihat semula apa pengalaman aku di sekolah dahulu takde value langsung, sekolah SPM ni semua kosong.” ujar Yousaf.

Malah, dia juga berkata perkara paling dikesalinya adalah pergi sekolah. Baginya, ilmu paling bahagia adalah ilmu Allah dimana ilmu asas fardhu ain itu jauh lebih penting.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan oleh Yousaf serta mengkritik hebat.

Bukan itu sahaja, para netizen sebulat suara bersetuju ilmu yang diajar di sekolah bermanfaat dan mempunyai nilai bagi melahirkan generasi bijak.