Sudah beberapa kali kita mendengar berita berkenaan kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta malah ada sehingga menyebabkan kematian. Jadi, langkah proaktif perlu diambil dalam membendung kes ini daripada berlaku lagi.

Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah membangunkan prototaip sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak terperangkap di dalam kenderaan yang dinamakan sebagai ‘MyCINTA’ atau MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: MIROS

Menurut MIROS, sistem ini dibangunkan dengan keupayaan untuk mengesan kehadiran kanak-kanak di dalam kenderaan yang dimatikan enjin dengan menggunakan sensor pergerakan dan bunyi. Kemudian, sistem bakal memberikan notifikasi secara automatik kepada pemandu atau pengguna sistem serta kenalan kecemasan menerusi panggilan telefon atau SMS.

Kandungan SMS akan memaparkan koordinat lokasi kenderaan yang dihubungkan terus kepada aplikasi seperti Google Maps.

Sumber Gambar: MIROS

Sistem MyCinta ini juga akan mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan pertama dengan menurunkan tingkap kenderaan secara automatik ke suatu aras tertentu untuk memastikan pengaliran udara boleh terjadi.

Selain itu, lampu amaran bahaya kenderaan atau hazard light akan diaktifkan secara automatik serta meletakkan amaran visual seperti “BAHAYA” menerusi paparan lampu LED.

Secara keseluruhannya, sistem MyCINTA ini dikatakan berupaya untuk berfungsi dalam tempoh kritikal minit untuk menggurangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak disebabkan strok haba.

Menariknya, MyCINTA turut telah mencapai tahap ketersediaan Technology Readiness Level (TRL) aras 7 iaitu tahap di mana prototaip sistem diuji dalam persekitaran operasi sebenar.

Sumber