Portal hiburan XTRA melancarkan kempen pencarian bakat baharu dalam dunia nyanyian secara digital, XTRA XSTAR. XTRA XSTAR merupakan inisiatif terbaharu portal XTRA yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada bakat muda di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Menurut Pengurus Kempen XTRA XSTAR merangkap Ketua Editor XTRA, Muhammad Kamaruddin Mohd Razal, pencarian bakat secara digital ini dijangka menarik minat ramai peserta yang bercita-cita tinggi untuk mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

“Menerusi XTRA XSTAR, kami membuka peluang untuk semua pihak yang berbakat dan berminat untuk menjadi penyanyi. Menggunakan ruang digital seperti TikTok, peserta dapat menunjukkan kreativiti mereka ketika menyanyi.

“Peserta tanpa mengira umur serta bangsa boleh menghantar penyertaan mereka bermula pada 2 September 2024. Seterusnya, 20 peserta bertuah akan dipilih oleh juri profesional ke pusingan Top 20 dan bakal diundi oleh orang ramai. Di peringkat akhir, lima peserta Top 5 bakal bersaing untuk merebut gelaran juara.

“Pencarian ini bakal dijurikan penyanyi profesional serta mereka yang berpengalaman dalam industri hiburan, peserta Top 5 bakal bersaing di pusingan akhir yang bakal diadakan secara langsung di akaun TikTok XTRA untuk memenangi hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents,” katanya.

Bagaimana nak sertai XTRA XSTAR?
Xtra XStar

1. Rakam video nyanyian anda di TikTok. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2024
3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai XTRA XSTAR
4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman dan pengurusan.
5. Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.

Mudah sahaja kan? Para peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti, kualiti vokal dan keunikan persembahan mereka oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal serta penggiat industri muzik tanah air.

Selain itu, peminat juga berpeluang untuk menyokong peserta kegemaran mereka di pusingan Top 20 melalui undian yang akan dijalankan di portal XTRA dan lima peserta Top 5 dengan undian tertinggi bakal melangkah ke pusingan akhir.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY. Ayuh!