Whistleblowers dan wartawan di China telah dihalang daripada bercakap hal sebenar mengenai Parti Komunis China dan Presiden Xi Jinping mengenai cara mereka mengendalikan wabak coronavirus yang berasal dari Wuhan.
Mereka dilaporkan telah hilang, diam atau ditangkap selepas membuka mulut mengenai perkara sebenar yang terjadi di China akibat penularan wabak coronavirus.
Profesor undang-undang China Xu Zhangrun baru-baru ini menyiarkan ulasan yang pedas mengenai cara presiden Xi Jinping dan Parti Komunis China menangani wabak koronavirus.
Kata beliau, pemimpin China dan Parti Komunis China lebih memilih untuk menutup mulut bagi menceritakan hal sebenar kepada umum. Tambah beliau lagi, cara kerajaan menapis maklumat sebenar yang keluar mengenai coronavirus telah menghalang kemampuan China untuk mengawal penyebaran wabak ini.
Xu, yang mengajar di Universiti Tsinghua Beijing, menambah: “Penyebab semua ini terletak pada Xi Jinping dan orang-orang yang mengelilinginya.”
I understand that Professor #XuZhangrun is effectively under house arrest and barred from social media & internet. I am sharing his essay 'Viral Alarm: When Fury Overcomes Fear' to help keep his message alive. Pleases share if you can. https://t.co/mwyumjfA3B pic.twitter.com/3qJBe5DoFs
— Anna E. Ridgway (@AnnaERidgway) February 16, 2020
Karangan panjang Xu yang diterbitkan dalam talian pada 10 Februari lalu walau bagaimanapun diturunkan dan Xu telah dikenakan sekatan keluar dari rumah manakala internet beliau dipotong
Kritikan Xu datang selepas tiga hari doktor Li Wenliang meninggal dunia akibat coronavirus. Li adalah individu yang bertanggungjawab menghantar mesej kepada sekumpulan alumni sekolah perubatan – memberi amaran kepada mereka tentang penyakit baru yang misteri.
Namun tindakannya di halang oleh pihak berkuasa dan beliau turut ditahan daripada bercakap hal sebenar.
Di samping Li dan Xu, wartawan dan blogger telah hilang atau ditangkap selepas berkongsi maklumat mengenai wabak media sosial.
Chen Qiushi, seorang peguam Cina dan wartawan di sana, menjadi viral di YouTube dan Twitter kerana melaporkan keadaan sebenar mengenai coronavirus.
Chen pergi ke Wuhan pada akhir bulan Januari dan memuat naik lebih daripada 100 video dari Wuhan ke Twitter dan akaun Youtubenya selama dua minggu.
Namun pada 6 Februari lalu, Chen hilang dari radar. Perkara itu diketahui umum apabila ibunya meminta pertolongan orang di Twitter dengan membuat hantaran video merayu agar mencari anaknya yang hilang.
Manakala blogger, Fang Bin juga mendapat panggilan daripada polis di Wuhan. Pihak berkuasa telah merampas laptopnya di rumah pada 1 Februari dan membawanya masuk untuk disoal siasat.
Fang memberitahu The Los Angeles Times bahawa pihak berkuasa mengarahkan beliau untuk berhenti menghantar ‘khabar angin’ yang akan ‘merebak panik’. Polis kemudian melepaskannya keesokan harinya.
Bilingual titles added. 8 bodies in 5 minutes! More are lying inside to be moved out. Somebody secretly shot this video from No. 3 Hopital in #Wuhan during #coronarovirus #武汉肺炎
字幕版
某網友秘訪武漢第三醫院,五分钟功夫就見到八具屍體拉走去火化場,而且里面还有。 pic.twitter.com/VBS6U7HIWW— Inconvenient Truths by Jennifer Zeng 曾錚真言 (@jenniferzeng97) February 1, 2020
Selepas pembebasannya, Fang terus menghantar video mengenai situasi sebenar hospital di Wuhan, “Wabak ini, ia adalah bencana alam dan masalah buatan manusia,” katanya.
Pada 10 Februari lalu, beliau sekali lagi di tahan oleh polis disebabkan hantara videonya pada 9 Februari. Dia dilaporkan enggan meninggalkan rumahnya, sehingga anggota bomba terpaksa merempuh pintu rumahnya dan polis mengepung apartmen beliau.
China menghadapi cabaran yang besar untuk mengendali dan mengawal coronavirus.
Parti Komunis China bukan sahaja perlu menentang wabak yang di hadapan mereka. Tetapi juga suara-suara rakyat yang setiap hari menceritakan hal sebenar kepada masyarakat dunia.
Ia amat membimbangkan apabila rakyat biasa menyuarakan pendapat tiba-tiba hilang di tengah-tengah krisis nasional. Ada juga yang telah dibungkam daripada bercakap mengenai hal sebenar.
Apa yang misterinya mengenai wabak ini masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.
Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai China, klik pautan di bawah.