Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Noh Salleh memaklumkan Musa kini dijaga oleh ibu kandung beliau, Athira gara-gara berlaku pelanggaran perjanjian yang didakwa tidak diketahui beliau antara Athira dan bekas isterinya, Mizz Nina.

Noh Salleh turut membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku serta turut memadam gambar Musa seperti yang dituntut ibu kandung Musa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Mizz Nina menerusi perkongsian di Instagram tampil menjelaskan isu yang berlaku bagi menjawab segala persoalan dan tohmahan terhadap beliau.

Menurut Mizz Nina, Musa diambil oleh beliau tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau. Mizz Nina memaklumkan beliau menjaga Musa sejak dari hari kedua kelahiran di mana beliau turut menjadi ibu susuan bagi Musa.

Selama dua tahun, Musa tidur bersama beliau serta menjalani rutin harian bersama rakan-rakan di dalam kelas. Walau bagaimanapun, sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Musa diambil tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau sewaktu hak penjagaan berada di pihaknya.

Tidak menerima sebarang informasi selama lebih tiga minggu

“Sejak dari kejadian tersebut, saya tidak lagi mengetahui lokasi dan menerima sebarang informasi melibatkan gambar atau video selama lebih tiga minggu lebih.

Pada ketika ini, bekas suami telah memuat naik gambar Musa yang menjadi perhatian di internet sekaligus melanggar perjanjian di mana pihak bekas suami mendakwa tidak mengetahuinya namun pada hakitkatnya beliau mengetahui mengenai perkara tersebut

Bermula saat itu, privasi dan kehidupan Musa tidak lagi sama. Bekas suami kemudiannya telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka serta mendedahkan nama penuh ibu kandung Musa yang secara tidak langsung menganggu privasi dan sensitiviti wanita tersebut

Tiada anak yang sepatutnya dipisahkan oleh penjaganya tanpa kebenaran. Oleh yang demikian, saya memihak untuk ke mahkamah syariah untuk mendapatkan hak penjagaan saya.

Alhamdulillah, saya dapat Musa kembali. Musa kini dalam keadaan yang selesa selepas melalui detik yang penuh trauma

Sejak saya bercerai dengan bekas suami, beliau (bekas suami) telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian yang membenarkan Musa berada sepenuhnya di bawah hak jagaan beliau berhadapan dengan pihak yang bertanggungjawab. Pada saat itu, beliau hilang hak untuk menjadi penjaga kepada Musa”. ulas Mizz Nina.

Mizz Nina turut memaklumkan sejak beliau berkahwin dengan suaminya, Essam, Musa telah berada di dalam suasana rumah yang selesa sehinggalah beliau diambil tanpa pengetahuan beliau dengan bantuan pengasuh yang diupah untuk menjaga Musa. Walau bagaimanapun, pengasuh tersebut memilih untuk membelot beliau.

Mizz Nina menjelaskan tujuan beliau menceritakan keseluruhan cerita ini bagi menjernihkan keadaan sekaligus mengelakkan sebarang spekulasi dan fitnah. Menurutnya ini bukanlah cerita di pihak beliau sahaja, malah adalah kebenaran dan semoga Allah terus menunjukkan kebenaran.