Jika didapati bersalah, Lionel Messi berdepan dengan tindakan dan hukuman berat oleh MLS selepas dia dilihat cuba menyerang pengadil di bilik persalinan mereka.
Messi tidak puas hati dengan mutu pengadilan dalam kekalahan 3-0 Inter Miami di tangan LAFC.
Messi dilihat meluru ke arah bilik persalinan pegawai perlawanan untuk menyerang mereka. Namun Luis Suarez segera menarik tangan rakan sepasukannya itu kerana mendapati tindakan Messi agak melampau dan boleh mengundang masalah lebih besar.
🚨🚨| BREAKING: Footage shows Lionel Messi trying to CONFRONT the referee after full-time, with Luis Suárez pulling him back to stop him entering the officials’ dressing room. 😳🇦🇷
— CentreGoals. (@centregoals) February 22, 2026
Video Messi cuba menyerang pengadil di bilik persalinan tular di media sosial. Dan peminat segera mempersoalkan, apakah tindakan MLS ke atas pemain yang dianggap bintang utama liga tersebut.
MLS: Messi tak langgar polisi
Namun begitu, Messi kini terlepas hukuman berat. Menurut laporan ESPN, selepas semakan lanjut terhadap dakwaan tersebut.
Major League Soccer mendapati pemain itu tidak melanggar polisi liga. Perkara tersebut tidak akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin MLS.
MLS pada asalnya dimaklumkan mengenai insiden itu selepas satu video tular menunjukkan kapten Inter Miami seolah-olah memasuki kawasan pegawai perlawanan buat seketika. Namun, kawasan yang dilalui Messi sebenarnya bukan kawasan larangan oleh liga.
Pintu yang dimasuki pemain itu juga bukan menuju ke bilik persalinan pengadil.
Chris Rivett, Pengarah Komunikasi Professional Referee Organization, turut mengesahkan kepada ESPN bahawa Messi tidak memasuki bilik persalinan pegawai perlawanan.
Reaksi netizen
Netizen tidak sependapatn tentang tindakan MLS yang menganggap Messi tidak melanggar mana mana polisi.
Ada yang berkata: “MLS berani ke nak hukum Messi? Pemain yang paling banyak bawa masuk wang untuk liga mereka?”
Yang lain menyindir bahawa MLS sebenarnya berkata: ‘Messi beritahu kami bahawa dia tak mmelanggar polisi, jadi kami percaya.’
Netizen ketika berkata: “MLS adalah Messi League Soccer.”
Pemian seterusnya berkata: “Saya sangat hargai apa yang dia telah lakukan kepada MLS, namun tindakannya itu tetap tidak betul.”
Ada juga yang kekal menyokong Messi: “Messi tahu apa dia buat. Lagipun MLS sudah sahkan zon tersebut bukan zon larangan untuk pemain.”
Seterusnya mereka juga lega bahawa Messi terlepas daripada tindakan. Kerana MLS pasti hambar tanpa Messi.