Nicolas Jackson didakwa ada cara pelik untuk dia menaikkan motivasi diri sebelum beraksi. Perkara itu didedahkan oleh model OnlyFans Astrid Wett.

Setiap pemain bola sepak itu ada cara tersendiri untuk menaikkan motivasi mereka sebelum beraksi. Ada yang mendengar ceramah motivasi, ada yang mendengar lagu, ada yang berdoa dan macam maca lagi.

Namun penyerang Chelsea, Nicolas Jackson ada cara tersendiri untuk menaikkan motivasinya di atas padang. Di mana dia akan melihat gambar bogel wanita untuk menyuntik semangat kepadanya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh model Onlyfans, Astrid Wett yang menunjukkan perbualan dia dan Nicolas Jackson. Pemain itu meminta Astrid menghantarkan konten eksklusif kepadanya iaitu gambar tanpa seurat benang. Ini bagi tujuan motivasi.

Astrid mendedahkan dia ber-face-time bersama Nicolas Jackson. Dengan pemain itu meminta dia segera menghantar gambar yang dia mahukan segera.

Nicolas Jackson yang dipercayai pelanggan untuk saluran Astrid Wett menyatakan dia kecewa kerana wanita itu masih tak menghantar barang yang dia perlukan untuk motivasi dirinya.

Video itu tular di media sosial dengan peminat mulai meminta Nicolas Jackson memberikan penjelasan.

Pemain berusia 22 tahun itu menuai kritikan di atas prestasinya yang kurang memuaskan di atas padang pada awal musim ini. Namun dia kemudian dia berjaya mencetak beberapa gol untuk meningkatkan kepercayaan peminat ke atasnya.

Dia setakat ini menujaringkan 7 gol daripada 12 penampilan bersama Chelsea dalam semua pertandingan.

Ketika dia sedang berusaha memperbaiki dirinya, kini dia didakwa telah melakukan ritual pelik untuk dijadikan wadah motivasi.

Peminat Chelsea masih berharap bahawa Nicolas Jackson bukanlah lelaki yang dalam perbualan Face Time Astrid Wett itu.

Ini kerana Nicolas Jackson baru sahaja memuat naik siaran menunjukkan dia gembira menyambut kehadiran cahaya matanya.