Tindakan seorang influencer warga tempatan yang baru baru ini membuat konten berbaur kelucahan dengan ‘bermodalkan’ seorang wanita Rusia yang sedang menikmati makanan,
Mangsa adalah seorang model warga Rusia telah tampil membuat laporan polis selepas mengetahui dia dijadikan bahan pelecehan seksual oleh seorang lelaki ketika dia sedang makan di sebuah restoran di ibu negara baru baru ini.
Model tersebut, Alisa Kasimova telah mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis – menerusi perkongsiannya di Threads.
Ketika kejadian, lelaki tersebut membuat siaran strim langsung bersama dengan seorang wanita yang ketawa menyokong perbuatannya itu. Bermacam kata kata jelik, lucah dibuat lelaki itu disambut gelak ketawa seorang wanita dipercayai pasangannya sendiri.
Alisa mendapat tahu tentang dirinya menjadi mangsa kepada video tidak senonoh yang sarat dengan perlechan verbal dan kata kata lucah. Atas nasihat orang ramai dia membuat laporan polis pada petang Jumaat.
Alisa berkata: “Bayangkan kamu sedang tenang menikmati makan malam, kemudian kamu mendapat tahu seorang lelaki menyiarkan kamu secara langsung dan membuat lawak berunsurkan lucah tentang tubuh kamu. Itu yang telah berlaku kepada saya ketika di Malaysia.”
Alisa nekad membuat laporan polis kerana dia menganggap jika dia berdiam diri, golongan seperti itu akan berterusan menyakiti orang lain.
“Semua orang menasihati saya agar membuat laporan polis dan saya dah buatm saya bukan buat laporan polis sebab marah. Namun bagi saya, berdiam diri hanyalah akan melindungi mereka yang menyakiti orang lain ini.
“Tiada wanita di dunia ini harus pernah rasa takut untuk mempertahankan dirinya.”
Di ruangan komen ramai netizen Malaysia tumpang kesal dengan apa yang menimpa Alisa dan meminta maaf.
Namun Alisa menegaskan bahawa dia sentiasa menganggap Malaysia sebagai ‘rumah’ yang indah dan orangnya baik baik belaka.
Alisa turut mengucapkan terima kasih dan terharu dengan sokongan yang diterimanya terutama sekali daripada netizen Malaysia. Dan dia menegaskan bahawa dia sedang berhubung dengan pihak polis untuk tindakan lanjut.