Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua motosikal baharu dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari tahun depan.
Menurutnya, ia antara insiatif diambil kerajaan dalam menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, petik Harian Metro.
Baca Juga:
- ‘Rider’ Mat Saleh Sanggup Perlahankan Motosikal, Ikut Lelaki Malaysia Ini Untuk Belanja Isi Minyak
- Penunggang Motosikal Ekstrem, Lempar Tukul Tengah Lebuh Raya
- Penunggang Motosikal ‘Dapat Sakit, Malu’ Selepas Tendang Kereta
Kerajaan memutuskan perkara itu kerana berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus, tambahnya lagi.
“Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang berdepan isu ini. Walaupun kadar kematian per 100,000 orang menurun daripada 27 peratus pada 2000 kepada 22.5 peratus pada 2019, ia tetap antara yang tertinggi di dunia.
“Jadi saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia,” katanya.
Sehubungan dengan pelaksanaan baharu itu, beliau berharap insiatif terbabit dapat menjadi inspirasi kepada negara ASEAN lain untuk melaksanakan langkah sama sekali gus menjadikan motosikal sebagai kenderaan yang selamat digunakan oleh orang ramai.