Benfica dilaporkan sedang dalam rundingan lanjutan untuk melantik pengurus legenda, Jose Mourinho sebagai pengurus baharu selepas pemecatan Bruno Lage baru-baru ini.
Menurut laporan media Portugal, pengurusan tertinggi Benfica menjadikan Jose Mourinho sebagai sasaran utama dan calon dianggap paling layak untuk mengendalikan kelab itu.
Bruno Lage mendapat tekanan kuat selepas dikalahkan secara mengejut oleh Qarabag dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.
Mourinho yang dipecat Fenerbahce beberapa kira kira 3 bulan lalu, menyatakan bahawa dia sedia untuk bekerja. Sambil memberikan bayangan sanggup menerima tawaran kelab di kelompok bawahan EPL yang tidak bermain di UCL.
Kepulangan yang dinanti
Hubungan rapat Presiden Benfica, Rui Costa dan Jose Mourinho boleh menjadi faktor penting dalam melancarkan urusan perlantikan Mourinho.
Sebelum ini peminat mendesak kelab itu melantik pengurus berprofil tinggi. Jadi, Jose Mourinho pastinya sangat dialu alukan.
Sekiranya perjanjian dimuktamadkan, Mourinho akan kembali ke Estádio da Luz selepas lebih dua dekad, sekali gus menjadikan ini satu kepulangan bersejarah bagi jurulatih berusia 62 tahun itu.
Dia pernah dilantik oleh Benfica menggantikan Jupp Heynckess pada tahun 2000. Dan kemudian dipecat oleh kelab itu – di mana selepas itu presiden Benfica masa itu Manuel Vilarinho akui menyesal pernah memecat Mourinho.
Mana tidaknya, selepas itu dia menempa sejarah luar biasa membantu Porto bergelar juara Liga Juara Juara Eropah. Dari situ kariernya terus melonjak dengan menerima tawaran dari Chelsea yang dalam revolusi Abramovich.
Mourinho juga pernah mengendalikan beberapa kelab besar lain selepas itu termasuk Manchester United, Inter Milan dan Real Madrid.