Kita sering menyangka bahawa pencipta kandungan berpengaruh seperti MrBeast boleh menjana pendapatan yang lumayan untuk setiap video yang dihasilkan. Realitinya, tidak seindah yang seperti yang disangkakan.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter, MrBeast telah mendedahkan bahawa video terbaharu beliau mempunyai kutipan yang rendah berbanding kos pembikinannya.

Baca Juga:

Difahamkan video berjudul “Train Vs Giant Pit” dengan 93 juta views kini hanya mengutip hasil sekitar $167,000 (~RM760,100.50) sahaja yang mana angkanya jauh berbeza jika nak bandingkan dengan kos pembikinan mencecah $3 juta (~RM13.6 juta).

Beliau mendedahkan informasi tersebut kepada subscriber di Twitter beliau baru-baru ini. Perkara ini sekaligus menjadi bualan ramai kerana tidak menyangka dengan views tinggi pun belum menjanjikan pulangan yang lumayan.

Meskipun begitu, pengguna internet memuji MrBeast kerana berani mendedahkan pendapatan yang diterima secara telus untuk kandungan yang dibuat.

Malah, laporan sebelum ini juga ada mendedahkan bahawa personaliti popular itu memang tidak kisah dengan pulangan yang diterima kerana mempunyai sejumlah sumber pendapatan selain platform YouTube. Beliau malah lebih kepada mahu menghiburkan para peminatnya di luar sana.

Sumber