PewDiePie sudah memegang takhta sebagai individu paling banyak pengikut di YouTube sejak empat tahun lalu. Namun dengan kemunculan MrBeast yang cukup popular di platform YouTube sekaligus menjadi pencabar sengit di antara kedua-dua saluran tersebut.

Baru beberapa bulan selepas melepasi 100 juta subscriber, Mr Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson kini dilaporkan telah menyingkirkan PewDiePie sebagai pencipta kandungan paling ramai pengikut di YouTube. Pada ketika artike ini ditulis, MrBeast mempunyai seramai 111 juta langganan di saluran YouTube.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Insider

MrBeast sangat aktif dalam menerbitkan video-video berbentuk cabaran dengan ganjaran yang lumayan. Menerusi angka langganan yang tinggi, ia meletakkan MrBeast antara YouTuber yang menerima bayaran bulanan tertinggi di dunia. Sebagai rekod, MrBeast berjaya meraih RM36.33 juta setahun menerusi pendapatan daripada YouTube dan juga beberapa pengiklanan lain.

Malah, beliau kini sudah memperluaskan jenama dengan menawarkan makanan segera MrBeast sebagai bisnes sampingan. Sebelum ini, sudah kedengaran spekulasi bahawa beliau mahu meraih dana pelaburan berjumlah lebih RM600 juta untuk terus memperkembangkan empayar bisnes beliau.