Pilihan Raya umum ke-15 bakal berlangsung tidak lama lagi dan semua individu yang berumur 18 tahun ke atas sudah layak menggundi pada hari pengundian kelak. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara menyemak tempat mengundi agar boleh membuat persiapan awal ke lokasi berkenaan.
Hal ini kerana ada sebahagian daripada kita mungkin sudah berhijrah ke tempat lain dan mahu mengetahui status lokasi mengundi yang sebenar. Sebagai persediaan awal, boleh ikuti tutorial di bawah untuk menyemak lokasi mengundi dengan mudah menerusi aplikasi MySPR Semak sahaja.
Baca Juga:
- Ini Perkara Yang Anda Wajib Lakukan Sebagai Pengundi Buat Pertama Kalinya
- Ini Caranya Untuk Jadikan Tablet PerantiSiswa Sebagai Skrin Kedua Laptop
Cara menyemak tempat mengundi di aplikasi MySPR Semak
1. Muat turun aplikasi MySPR Semak sama ada dari Google Play Store atau App Store pada peranti dan buka aplikasi tersebut.
2. Pada halaman utama, klik pada menu SEMAKAN DAFTAR PEMILIH yang terdapat pada bahagian paling atas.
3. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan IC pada ruangan yang disediakan dan klik Semak.
4. Selepas itu, anda bakal dipaparkan maklumat penuh termasuklah Pusat Mengundi, bilangan pengundi, masa pengundi dan saluran.
Setiap maklumat yang dipaparkan adalah telah disahkan. Jika anda mahu membuat penukaran alamat atau melakukan pembetulan, boleh kunjungi laman rasmi SPR dan pergi pada bahagian Borang A untuk pertukaran bahagian pilihan raya atau status.
Dengan mengetahui lokasi mengundi yang tepat, anda boleh bersedia dengan lebih awal untuk ke lokasi dan melaksanakan kewajiban negara dengan lancar. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang cakna dengan lokasi pengundian mengikut tempat yang disahkan.