Bermula dengan minat, Mohd Amirul Mohd Sani yang berusia 22 tahun ini memilih untuk menjadi pemandu van jenazah di Kelantan. Usaha murni beliau mendapat perhatian netizen kerana anak muda sepertinya sanggup bekerja mengurus jenazah secara sukarela.

Difahamkan, Amirul menjalankan perkhidmatan van jenazah secara percuma di Gua Musang dan hanya mengambil bayaran untuk kos minyak sahaja bagi perkhidmatan luar kawasan Gua Musang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tambahnya, beliau yang dikenali sebagai ‘Mat Jenazah’ mula melakukan tugas itu secara sambilan sejak dua bulan lalu dan turut menjadi penternak lembu.Biarpun tiada gaji bulanan, beliau bersyukur kerana dapat mengisi masanya dengan pekerjaan yang memberi peluang kepadanya untuk membantu waris si mati.

Amirul tidak berasa kekok dengan kerja barunya ini kerana kerap menguruskan jenazah sejak berumur 12 tahun lagi dan rumahnya terletak betul-betul di tepi tanah perkuburan tidak menimbulkan rasa takut dalam dirinya.

Van yang digunakan olehnya adalah sumbangan individu perseorangan kepada Masjid Ar-Rahman, Mukim Chiku 3, Gua Musang. Semoga usaha Amirul akan berpanjangan dan ramai lagi anak muda akan mengikuti jejak langkahnya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel inspirasi untuk anda baca. Klik sahaja pautan di bawah ini.

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya

Lelaki Ini Kongsi Kisah Kegigihan Pemuda Pulang Ke Melaka Berbasikal Dari Bangkok

Sumber