Jurulatih Switzerland, Murat Yakin, menyifatkan kad merah yang diterima Breel Embolo sebagai detik yang mengubah keseluruhan perjalanan perlawanan ketika pasukannya tewas kepada Argentina.
Yakin percaya keputusan pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Embolo adalah satu kesilapan besar yang akhirnya menghukum Switzerland.
Menurut Murat Yakin keputusan pengadilan membantu Argentina untuk memenangi perlawanan.
Di mana Bret Embolo dibuang padang untuk kesalahan simulasi. Pada awalnya, pengadil memberikan kad kepada Paredes kerana mengasari Embolo.
Namun VAR campur tangan dan pengadil menukar keputusan, lalu memberikan kad kuning kedua untuk Embolo.
Leandro Paredes was given a yellow card for this challenge but after review, VAR overturned it and gave a yellow card to Breel Embolo for simulation.
Embolo was already on a yellow card so he was sent off with a red card. pic.twitter.com/yrcsUKdYmU
— ESPN FC (@ESPNFC) July 12, 2026
“Kami dihukum kerana satu kesilapan. Tiada sebab untuk kad kuning kedua itu. Saya tidak faham,” kata Yakin selepas tamat perlawanan.
Menurutnya, insiden tersebut langsung tidak berbahaya dan tidak sepatutnya membawa kepada kad merah yang mengubah perancangan taktikal Switzerland.
“Ia hanyalah satu situasi yang tidak disengajakan dan tidak membahayakan. Kesilapan pengadil itu menghukum kami serta mengganggu perancangan kami,” kata Murat Yakin dengan yakin sekali.
Beliau turut mempersoalkan keputusan pengadil dan VAR yang menurutnya gagal membuat penilaian tepat walaupun insiden itu jelas menunjukkan berlaku sentuhan.
Ulang tayang menunjukkan Embolo tidak ada mendapat sebarang bentesan. Namun Murat Yakin pula mengesahkan bahawa pemain itu ada terkena sentuhan minimum daripada Paredes.
Eso es una simulación de falta del jugador suizo Breel Embolo.
Bien sacada la amarilla !!! (2da amarilla, expulsión) pic.twitter.com/VLEW1p6nrR
— Pablo Viruega (@PabloViruega) July 12, 2026
“Keputusan itu memang sukar dipercayai. Saya langsung tidak bersetuju. Jelas berlaku sentuhan, dan saya tidak faham bagaimana pengadil serta VAR boleh membuat keputusan seperti itu.”
Walaupun berasa kecewa, Yakin mengakui Switzerland berhak berasa dianiaya kerana perlawanan sebesar itu tidak sepatutnya ditentukan oleh keputusan yang penuh kontroversi.
“Switzerland berhak berasa dianiaya. Argentina adalah pasukan yang hebat, tetapi perlawanan sebesar ini sepatutnya tidak ditentukan oleh keputusan yang penuh kontroversi.”
Bagaimanapun, beliau enggan menuduh pegawai perlawanan sengaja memihak kepada Argentina dan menganggap kedua-dua pasukan beraksi secara adil.
Beliau hanya merasakan kemenangan Argentina dibantu oleh kesilapan pengadilan dalam situasi melibatkan Embolo.
“Saya tidak akan mengatakan mereka memihak kepada Argentina. Kami bermain dalam perlawanan yang adil dan terbuka. Kedua-dua pasukan bermain bola sepak. Cuma kami dihukum oleh satu kesilapan.”
🚨🗣️ Switzerland coach Murat Yakin on Embolo’s red card:
"We were punished by a MISTAKE. There was no reason for that 2nd yellow card. I DON’T UNDERSTAND."
"It was an innocent situation, not harmful. The refereeing error punished us and disrupted our plan."
"That decision was… pic.twitter.com/bvBEV0mApN
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) July 12, 2026
Mengakhiri reaksinya, Yakin mengakui kad merah Embolo menjadi detik penentu keputusan perlawanan, namun tetap memberikan penghormatan kepada Argentina yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.
“Itu adalah detik yang menentukan keputusan perlawanan. Sekarang kami boleh mengeluh, tetapi saya tetap perlu mengucapkan tahniah kepada Argentina.”