Seorang murid berusia lapan tahun dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 11 (1), semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku pada 4.45 petang ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan dari laluan pejalan kaki di sebelah Blok C Apartmen Zon 6B, melintasi Jalan P11J/1 di hadapan sekolah, lapor Harian Metro.
Baca Juga:
- Murid Dipaksa Belajar Atas Lantai Selepas Ibu Bapa Gagal Bayar Yuran Sekolah
- Keluarga Terkilan Guru Anggap Insiden Murid Patah Pinggul Ekoran Kerusi Ditarik Rakan Sebagai Takdir
- ‘Merisaukan’ – Netizen Terkejut Dengan Jawapan Ujian Murid Sekolah Rendah
“Mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.
Memetik laporan itu lagi, orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa dari bawah kereta dengan menterbalikkan kenderaan itu sebelum pasukan bomba tiba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Ismail Mustafa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota sebaik menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang.