Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan MyKad baharu generasi baharu yang lengkap dengan ciri keselamatan dipertingkatkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengenalan MyKad baharu itu memastikan integriti dokumen pengenalan rakyat terpelihara dan selari keperluan keselamatan semasa dan perkembangan teknologi.
Baca Juga:
- MyKad Generasi Baharu Bakal Dilengkapi 10 Cap Jari, Imbasan Iris Dan Wajah

- MyKad Rosak, Susah ‘Claim’ SARA RM100? Ini Cara Ganti Di JPN, Boleh Siap 30 Minit

- JPN Kongsi 6 Cara Elak MyKad Rosak

“Selepas tempoh tertentu, kita sudah melepasi tempoh yang menghendaki kita mengeluarkan dokumen keselamatan baharu ini.
“Jadi, apa ciri baharu MyKad ini? Ciri keselamatan yang lebih terjamin bagi meningkatkan integriti dokumen keselamatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini, selepas menyampaikan amanat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi.
Memetik Buletin TV3, pasport baharu dengan ciri keselamatan dipertingkatkan juga akan diperkenalkan bermula suku kedua tahun ini.
Pengenalan pasport baharu itu dibuat selepas tempoh penggunaan pasport sedia ada mencapai had, sekali gus memerlukan penggantian dokumen keselamatan.
Beliau menegaskan langkah itu penting bagi mengekalkan kebolehpercayaan pasport Malaysia yang kini tergolong dalam kelompok terbaik dunia dari segi kemudahan perjalanan tanpa visa.
Dalam pada itu, Malaysia Gazette melaporkan rakyat Malaysia tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport atau MyKad. Ini kerana dokumen sedia ada kekal sah sehingga tamat tempoh masing-masing.