MyTeksi atau dikenali sebagai GrabTaxi di rantau Asia Tenggara telah menawarkan peluang pekerjaan kepada staf Malaysian Airlines (MAS) yang bakal diberhentikan kerja pada 1 Jun dengan memuat naik gambar ini di laman Facebook mereka lewat malam semalam.

Gambar tersebut mendapat banyak reaksi daripada pengguna media sosial.
Bagi mereka yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga MyTeksi dalam sektor jualan, perkhidmatan pelanggan, pemasaran dan logistik, pihaknya telah menyediakan borang di atas talian.
Sumber: Techinasia