Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan polis susulan wajahnya disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab di sebuah iklan pelaburan haram dipercayai untuk tujuan penipuan.

Menurut Nabil, penggunaan imej dirinya itu telah menjejaskan namanya sebagai seorang selebriti dan juga kerjaya yang dibina selama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Imej wajah saya telah digunakan untuk ajak orang ramai buat pelaburan. Ini adalah satu bentuk scam yang sedang berlaku.

“Jadi saya telah buat laporan polis kerana ia telah menjejaskan kerjaya dan nama baik saya.

“Kepada anda semua yang nampak tolong berhati-hati, ada juga rakan-rakan yang bertanya kepada saya tentang ini dan saya sudah maklumkan kepada mereka ini adalah scam.” ujar Nabil.

Tambahnya, dia bakal membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membersihkan namanya.