Pemain tengah JDT, Nacho Mendez menegaskan satu penghormatan sekiranya beliau beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Nacho merupakan salah satu pemain baharu skuad Harimau Selatan musim ini dan beliau dikatakan mempunyai kaitan dengan Malaysia menerusi atuknya.
Baca Juga:
- Nacho Méndez Selangkah Lagi Beraksi Bersama Harimau Malaya

- Media Indonesia Masih ‘Bitter’ Dengan Pemain Warisan Malaysia

- Peter Cklamovski Penat Dengan ‘Tuduhan’ Ke Atas Pemain Warisan

Nacho Mendez Sedia Sekiranya Dipanggil
Dalam satu temu bual, pemain berusia 28 tahun itu terbuka sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih iaitu Peter Cklamovski.

“Secara logiknya, mungkin ada peluang. ”Kemudian, kita boleh saksikan apa yang akan berlaku ketika jendela antarabangsa FIFA nanti.
”Tetapi menurut saya, ini (mewakili Malaysia) bagaikan suatu penghormatan dan saya rasa sangat teruja seandainya dapat melakukannya,” katanya.

Bahagian tengah pasukan negara ketika ini diisi oleh dua pemain Hector Hevel dan juga Nooa Laine.
Kehadiran Nacho akan memberi lebih ramai pilihan kepada Cklamovski dan persaingan kepada pemain sedia ada.