Bekas kapten kelab Sepanyol, Real Sporting de Gijon iaitu Nacho Méndez dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Menurut perkongsian Zulhelmi Zainal Azam, Mendez sudah berada di peringkat akhir untuk mendapat kerakyatan Malaysia sekaligus boleh beraksi bersama Harimau Malaya.

Baca Juga:

Pertalian Nacho Méndez Dengan Malaysia

Tambah wartawan itu lagi, Mendez mempunyai pertalian dengan Malaysia menerusi atuknya yang dilahirkan di Penang dan merupakan campuran Cuba,Sepanyol & Malaysia.

Nacho Méndez
Real Sporting VS Cádiz CF el 2 de noviembre de 2024 en El Molinón (Foto: Luis Manso)

Sebelum ini, Mendez dilaporkanb bakal menyertai juara bertahan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Gijon mengumumkan Mendez meninggalkan kelab selepas 14 tahun beraksi bersama pasukan itu menerusi pengumuman di laman media sosial.

Nacho Méndez
Méndez

“Nacho meninggalkan kelab yang telah diwakilinya sejak berumur 13 tahun.

“Secara keseluruhan, Nacho telah bermain 218 perlawanan rasmi dengan pasukan utama. Ini menjadikan beliau sebagai salah satu pemain yang mempunyai penampilan terbanyak bersama kami.

“Nacho membuat penampilan sulung menentang CD Lugo pada 27 Ogos 2017. Dia telah menjaringkan 17 gol secara keseluruhan,” dipetik dari kenyataan kelab.