Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan mendedahkan dirinya bakal memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siastan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.

Memetik Kosmo, Jalaluddin mengakui terkejut selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut sedangkan dia hanya bertindak sebagai duta bagi tujuan promosi dan masih belum menerim panggilan daripada badan berkaitan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

“Saya hanya duta sahaja untuk hasilkan video dan mempromosikan syarikat itu. Itu sahaja tugas saya dan tidak lebih daripada itu. Bila isu ini timbul, saya agak terkejut.

“Pihak mereka berkata pada saya, kami sebagai duta tidak terkesan apa-apa. SPRM juga belum hubungi saya.

“Tetapi jika dihubungi untuk beri kerjasama, sudah tentu saya akan lakukannya. Tiada masalah, kami boleh bekerjasama. Setakat ini belum ada apa-apa lagi,” katanya.

Dakwanya lagi,  tiada sebarang aktiviti mencurigakan sepanjang dia bergelar duta kepada syarikat pengurusan kewangan berkenaan.

“Saya hanya diberikan tugas sebagai duta dan promosikan di media sosial.

“Saya agak terkejut sebab selama saya bekerjasama dengan mereka tiada sebarang masalah. Semuanya baik-baik saja.

“Bila saya tanya kepada mereka macam mana kewangan mereka dari dulu hingga kini, semuanya puas hati dan tiada yang mencurigakan,” ujarnya lagi.

Apabila ditanya mengenai jumlah bayaran diterima sepanjang menjadi duta syarikat itu, Jalaluddin menafikan dakwaan kononnya menerima bayaran sehingga RM400,000.

“Alangkah bertuahnya saya kalau dapat wang sebanyak itu. Saya tidak mahu cerita, saya menafikan perkara itu.

“Biarlah pihak berkuasa menyiasat. Saya lihat reaksi pihak mereka tenang sahaja. Saya harap semuanya dapat dijernihkan,” katanya di pengakhiran bicara.

Sebelum ini, SPRM mendapati syarikat terbabit turut aktif menaja program hiburan membabitkan selebriti dalam usaha menarik ‘pelanggan’ mereka.

Sindiket itu juga didapati turut melabur sejumlah wang yang banyak untuk penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.