Pasar Besar Siti Khadijah antara lokasi yang mesti dilawati jika berkunjung ke negeri Kelantan, pasar besar ini menjual pelbagai barangan perusahaan tempatan di samping mempunyai empat tingkat.

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan keadaan terkini pasar besar tersebut yang dilihat sunyi dan ketiadaan pelanggan meskipun pada waktu cuti sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Peniaga di situ mendakwa, suasana sepi sejak pagi hari disebabkan ibu bapa lebih memilih untuk membawa anak-anak melancong ke Hatyai, Thailand.

Malah, ada juga peniaga yang berkata kebiasaannya jika musim cuti sekolah, akan ada bas-bas persiaran yang membawa pelancong dari dalam dan luar Kelantan tetapi lain pula ceritanya pada musim cuti sekolah kali ini.

“Tengok saya duduk dekat pasar, takda orang dekat pasar. Kalau cuti sekolah ni selalunya penuh. Pakat gi mana (mereka)? Hatyai? Sunyi. takda orang walaupun cuti sekolah.

“Ini tengok ni. Akak ni duk menung haa, sedih lah takda orang. Orang ke Hatyai, orang tak mari dah pasar Siti Khadijah. Hatyai beribu orang,” luahnya.

Setakat ini, video itu berjaya meraih lebih 400,000 jumlah tontonan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Majoriti netizen pula berpandangan sebaliknya apabila mendakwa penjual di situ sengaja menawarkan harga yang lebih tinggi kepada orang luar yang datang berkunjung. Walhal, penjual sedia memberikan harga ‘special’ kepada mereka yang fasih  berbahasa Kelantan.

Sumber Gambar: TikTok @jaafarharunharun
Sumber Gambar: TikTok @jaafarharunharun

Susulan itu, mereka memilih untuk bercuti di Hatyai kerana jauh lebih murah dari segi makanan dan juga barangan. Malah, netizen berpendapat kerajaan Kelantan perlu mempromosikan pasar tersebut dan banyak lagi tempat menarik di negeri itu kerana kurang diketahui.