Toyota Hilux merupakan salah satu model ‘kereta panas’ yang menjadi tumpuan pencuri.

Baru-baru ini tular satu video CCTV menunjukkan sekumpulan pencuri membawa lari kereta 4×4 yang diletakkan di hadapan rumah.

Baca Juga:

Dalam masa kurang satu minit, pencuri itu berjaya menghidupkan enjin lalu melarikan kenderaan tersebut daripada tempat kejadian.

@utusantvofficial

20 DIS 24: Bercerita kepada UtusanTV, Syed Ferdeen @mrsyed_78 20, meluahkan rasa luluhnya apabila Toyota Hilux Rouge dengan nombor pendaftaran QS7865P yang dibeli secara tunai pada dua tahun lalu hilang dicuri individu tidak dikenali. Dia mengalami kerugian sebanyak RM130,000 akibat kehilangan Hilux dan beberapa dokumen penting milik syarikat serta milik peribadi yang berada di dalam kereta. 📍 Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #curihilux

♬ Suspenseful – Oleg Kashchenko

Kejadian yang berlaku di Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya membuatkan pemiliknya berasa luluh hati.

Difahamkan kereta 4×4 itu dibeli tunai pada dua tahun lalu. Pemilik kenderaan itu menyatakan nilai kerugian mencecah RM140,000 yang melibatkan sebuah Toyota Hilux, dokumen penting milik syarikat, serta milik peribadi yang berada di dalam kereta.

Dalam satu hantaran video TikTok @syedanish6606, kereta 4×4 tersebut berjaya ditemukan semula. Kenderaan itu dijumpai di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Warganet meminta agar pemilik kenderaan memasang kunci pada kenderaan supaya dapat menyukarkan pencuri kereta untuk membawa lari kenderaan.