Semangat cinta akan negara sememangnya satu sifat yang terpuji, namun tindakan melulu dalam membuat kesimpulan tanpa usul periksa boleh mencetuskan situasi yang agak janggal dan memalukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki warga China yang secara tiba-tiba bersemuka dengan seorang pengurus restoran hotel di Malaysia.

‘Nak Duit Kami Tapi Bendera Tiada?’ – Konfrontasi Panas Warga China Di Hotel Tempatan Berakhir Dengan Plot Twist
Sumber Gambar: FB

Kejadian bermula apabila lelaki tersebut, yang berada di Malaysia atas urusan kerja, menginap di sebuah hotel tempatan. Semasa berada di sana, dia menyedari terdapat banyak bendera dari pelbagai negara digantung pada bahagian siling di luar restoran hotel berkenaan.

Namun, selepas melihat sekeliling dengan teliti, dia mendapati bahawa bendera negara China langsung tidak kelihatan.

Keadaan mula tegang apabila lelaki yang kelihatan jelas tidak berpuas hati itu terus menyoal pengurus restoran wanita di situ tentang ketiadaan bendera negaranya. Dalam konfrontasi tersebut, lelaki itu terus mendesak dan memberikan kenyataan yang agak keras.

“Mengapa pelbagai bendera negara lain dipamerkan, tetapi tiada bendera China?” soalnya dengan tegas.

Dia kemudiannya menambah, “Jika kamu mahu buat duit daripada pelanggan China, kamu sepatutnya menggantung bendera China juga!”.

‘Nak Duit Kami Tapi Bendera Tiada?’ – Konfrontasi Panas Warga China Di Hotel Tempatan Berakhir Dengan Plot Twist
Sumber Gambar: FB

Pengurus wanita tersebut jelas kelihatan terkejut dan tidak bersedia dengan konfrontasi yang berlaku secara tiba-tiba itu.

Namun begitu, situasi yang tegang dan penuh emosi itu akhirnya bertukar menjadi satu detik yang sangat janggal apabila alasan sebenar di sebalik pemilihan bendera tersebut didedahkan.

Rupanya dekorasi bersempena FIFA

Rupa-rupanya, deretan bendera yang digantung itu bukanlah bertujuan untuk mewakili setiap negara di dunia. Sebaliknya, ia hanyalah sebahagian daripada hiasan bertemakan Piala Dunia yang disediakan oleh pihak hotel.

Hanya bendera negara-negara yang berjaya melayakkan diri ke temasya Piala Dunia pada tahun tersebut sahaja yang dipamerkan di situ.

Walaupun acara bola sepak terbesar itu kini menampilkan format baharu yang diperluaskan kepada 48 buah pasukan, pasukan bola sepak kebangsaan China tidak termasuk dalam senarai pasukan yang mengambil bahagian.

Oleh sebab itu, bendera China tidak digantung dalam pameran hiasan tersebut, alasannya sangat mudah, mereka tidak layak ke pusingan akhir.

Selepas klip video insiden tersebut tersebar luas di internet, ramai warganet yang memberikan reaksi pelbagai, dengan rata-ratanya menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang melucukan dan memalukan pada masa yang sama.

Walaupun ada yang memahami bahawa lelaki tersebut mungkin bertindak sedemikian atas dasar semangat patriotik, ramai yang berpendapat bahawa dia sepatutnya bertanya dengan sopan terlebih dahulu dan bukannya terus menuduh pihak hotel melakukan diskriminasi.

Sumber