Berlari dengan niat untuk mengamalkan gaya hidup sihat kini semakin trending dikalangan orang ramai. Namun, lama-kelamaan ramai yang mula menyasarkan personal best (PB) selain mula menyertai acara larian 5KM, 10KM, 21KM dan banyak lagi.
Selain kasut larian, smartwatch berkualiti boleh menjadi “running partner” terbaik anda. Hal ini kerana, smartwatch bukan sekadar alat untuk merekod jarak atau mengira langkah. Ia membantu memantau pace, kadar denyutan jantung, tempoh pemulihan dan prestasi latihan, sekali gus membolehkan anda berlatih dengan lebih efektif sama ada untuk larian seterusnya.
Jika anda sedang mencari smartwatch yang berkualiti dan berbaloi untuk pelaburan jangka panjang, berikut lima pilihan yang popular dan menjadi kegemaran komuniti pelari di seluruh dunia.
1. Garmin Forerunner 165 – Sesuai untuk pemula

Baru mahu menjadikan larian sebagai rutin mingguan? Garmin Forerunner 165 merupakan antara smartwatch terbaik untuk anda pertimbangkan. Ia menawarkan fungsi yang lengkap pada harga yang berpatutan, sesuai sangat untuk pemula.
Smartwatch ini dilengkapi GPS yang tepat, paparan AMOLED yang terang serta metrik penting seperti pace, cadence, kadar denyutan jantung dan jarak larian. Paling menarik, ia turut hadir dengan Garmin Coach, iaitu pelan latihan percuma untuk 5KM, 10KM dan half marathon untuk membantu anda berlatih dengan lebih tersusun.
Dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan sekitar 11 hari dalam mod smartwatch, anda tak perlu risau bateri habis menyertai apa-apa acara larian.
Anggaran harga: RM1,100 – RM1,300
2. COROS Pace 3 – Ringan & bateri tahan lama

Jika anda mahukan smartwatch yang ringan tetapi mampu bertahan lama, COROS Pace 3 ialah antara pilihan terbaik dalam kelasnya. Tidak hairanlah model ini semakin popular dalam kalangan pelari marathon dan atlet endurance.
Dengan berat sekitar 30 gram sahaja, hampir tidak terasa ketika memakainya walaupun untuk latihan jarak jauh. Hayat baterinya pula mampu bertahan sehingga 24 hari dalam mod smartwatch, sekali gus mengurangkan keperluan untuk mengecas dengan kerap.
Selain itu, GPS dwi-frekuensi yang disertakan membantu memberikan bacaan lokasi yang lebih tepat, terutama ketika berlari di kawasan bandar atau laluan yang mempunyai banyak bangunan tinggi.
Anggaran harga: RM1,200 – RM1,400
3. Polar Pacer Pro – Terbaik untuk analisis latihan

Buat pelari yang mahu memahami prestasi latihan secara terperinci, Polar Pacer Pro merupakan pilihan berbaloi yang ada di pasaran.
Kalau anda nak tahu, Polar sendiri sudah lama dikenali sebagai salah satu jenama yang dipercayai dalam dunia sukan endurance.
Model ini hadir dengan fungsi seperti Training Load Pro, Nightly Recharge dan Recovery Insights yang membantu memantau tahap keletihan badan serta tempoh pemulihan selepas setiap sesi latihan.
Maklumat ini membolehkan anda merancang latihan dengan lebih bijak, sekali gus mengurangkan risiko overtraining dan kecederaan.
Anggaran harga: RM1,500 – RM1,800
4. Apple Watch Series 10 – ‘All rounder’ mesti suka

Anda menggunakan iPhone? Kalau ye, Apple Watch Series 10 merupakan pilihan yang tepat. Selain sesuai untuk kegunaan harian, ia juga menawarkan pelbagai fungsi kecergasan yang membantu anda mengekalkan rutin latihan.
Menyokong aplikasi popular seperti Strava, Nike Run Club dan WorkOutDoors, model ini juga dilengkapi GPS yang tepat serta pemantauan kadar denyutan jantung untuk merekod prestasi larian.
Walaupun hayat baterinya tidak sepanjang Garmin, COROS atau Polar, Apple Watch tetap menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mahukan satu smartwatch untuk bekerja, bersukan dan kegunaan harian.
Anggaran harga: RM1,900 – RM2,300
Sesuai untuk:
5. Garmin Forerunner 965 – Pilihan premium untuk marathon

Last but not least, kita ada Garmin Forerunner 965. Sebuah smartwatch dengan fungsi lengkap untuk anda yang serius mahu meningkatkan prestasi dan menyasarkan marathon atau pun triathlon
Model premium ini menawarkan pelbagai fungsi lanjutan seperti Training Readiness, Recovery Time, Real-Time Stamina, navigasi serta peta berwarna penuh yang membantu pelari merancang dan mengurus latihan dengan lebih efektif.
Gabungan data latihan yang lengkap serta ketahanan bateri yang baik menjadikannya pilihan utama ramai pelari berpengalaman dan atlet triathlon. Walaupun harganya lebih tinggi tetapi ia merupakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.
Anggaran harga: RM2,900 – RM3,300
Mana satu anda patut pilih?
Jika anda baru mula berlari, Garmin Forerunner 165 ialah pilihan yang paling sesuai. Mahukan bateri tahan lama? COROS Pace 3 menawarkan nilai yang sangat berbaloi, manakala Polar Pacer Pro pula sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan analisis latihan yang lebih mendalam.
Bagi pengguna iPhone, Apple Watch Series 10 merupakan pilihan paling praktikal untuk kegunaan harian dan aktiviti sukan. Namun, jika sasaran anda adalah half marathon atau marathon, Garmin Forerunner 965 ialah pelaburan jangka panjang yang sukar untuk dipertikaikan.
Pilihlah smartwatch yang sesuai dengan bajet dan matlamat larian anda. Dengan latihan yang konsisten, ia mampu menjadi teman terbaik untuk membantu anda mencapai setiap sasaran larian.