Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Hafidz Roshdi didakwa memukul Nurul Shuhada pada bahagian muka sehingga berlaku cacat kekal. Insiden yang berlaku turut menyebabkan pasangan ini dibawa ke pihak mahkamah.

Bergelar janda selepas diceraikan Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada baru-baru ini dilihat semakin berani tampil di media sosial dalam mempromosikan perniagaan yang diusahakan. Salah satunya adalah biskut yang ditawarkan di bawah jenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerima ujian yang besar dalam hidup, para netizen juga dilihat bersemangat untuk membantu wanita ini membesarkan anaknya dengan berniat untuk support perniagaan yang diusahakan.

@faesecret

Satu Tak Cukup Shelup Shelup By Shuhada ShukriđŸȘ

♬ Dj El Perdon Mix Mashup – Tablesini

Dalam pada itu, promosi biskut jenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup daripada Nurul Shuhada ini menerima respon yang berbeza apabila biskut yang dijual ditawarkan pada harga mencecah RM179 tidak termasuk kos penghantaran yang menelan belanja sebanyak RM15.

Harga biskut mahal yang dijual sekaligus membuatkan segelintir netizen yang memilih untuk sekadar mendoakan agar perniagaan yang diusahakan terus maju berbanding untuk mendapatkannya.

Sumber: tiktok faesecret
Sumber: tiktok faesecret

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mencadangkan agar Shuhada tampil dengan bungkusan baharu yang lebih kecil untuk memudahkan orang ramai mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah.

Untuk pengetahuan, Nurul Shuhada juga turut menerima tawaran daripada Aliff Syukri untuk tampil sebagai duta bagi tudung AS Hijab di mana beliau berazam untuk berusaha untuk menjadi model yang lebih baik.