Pada malam semalam Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bendera Sarawak kini dikenali sebagai ‘Ibu Pertiwi’ manakala kawasan yang menempatkan tiang bendera tertinggi di Malaysia pula dinamakan sebagai ‘Dataran Ibu Pertiwi’.

Abang Johari berkata, Bendera Sarawak sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang nama khas tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar sebagai ‘Jalur Gemilang’, petik Buletin TV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengumuman itu dibuat semasa berucap di majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat Sarawak yang diadakan di Tebingan Kuching.

Sumber Gambar: Facebook Jiwa Bakti

“Pemilihan nama itu dibuat kerana nama ‘Ibu Pertiwi’ itu sendiri  membawa maksud kedaulatan kepada Sarawak serta mencerminkan kehebatan Sarawak menerusi kombinasi warna merah, hitam dan kuning.

“Oleh itu, semua anak Sarawak hendaklah bertekad, berkerja kuat mempertahankan ibu pertiwi dan kita bangunkanlah ibu pertiwi kita ini supaya ia lebih maju dan menjadi tempat yang sempurna untuk anak-anak Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, berlangsung juga majlis perasmian tiang bendera Sarawak yang setinggi 99 meter pada malam semalam.

Tiang bendera itu dibiayai menerusi program tanggungjawab koporat C-S-R tiga syarikat minyak iaitu, Petronas, Shell dan Petros.