Kecoh sebelum ini apabila Mizz Nina mendakwa beliau mempunyai hak penjagaan penuh terhadap Musa serta mendakwa Noh Salleh tidak mempunyai hak lagi.

Walau bagaimanapun, pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mizz Nina telah menarik balik hak penjagaan musa antara beliau dengan Noh Salleh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi temu bual bersama Oh Bulan!, Mizz Nina yang diwakilkan oleh suaminya, Essam Muhammad turut mencuri perhatian ramai apabila mendakwa nama penuh Musa seperti yang dikongsikan oleh Noh Salleh sebelum ini adalah palsu.

Selain itu, Essam turut mendakwa Noh Salleh telah berkongsi maklumat palsu kepada orang ramai. Beliau juga memaklumkan mereka tidak akan mendedahkan nama sebenar Musa kepada umum.

Sebelum ini, Noh Salleh telah mendedahkan nama penuh Musa adalah Musa Mohammad Noh Bin Abdullah setelah mendapat pertanyaan daripada seorang netizen.