Situasi melibatkan Noh Salleh, Mizz Nina dan Noh Salleh semakin panas selepas Mizz Nina tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku serta mendakwa beliau mempunyai hak penjagaan penuh terhadap Musa.

Mizz Nina turut memaklumkan bekas suaminya, Noh Salleh tidak lagi mempunyai hak penjagaan terhadap Musa selepas bersetuju mengenai perjanjian yang dibuat sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Noh Salleh menerusi platform Instagram telah mendedahkan nama penuh Musa iaitu Musa Mohammad Noh Bin Abdullah.

Difahamkan tujuan Noh berbuat demikian selepas terdapat seorang pengguna media sosial menyoal mengapa Musa ber ‘bin’ namanya.

Sebelum ini, Noh Salleh turut memohon maaf kepada ibu kandung Musa, Athira selepas didapati melanggar perjanjian yang tidak diketahui beliau mengenai larangan mendedahkan wajah Musa kepada umum.