Buat anda yang tertanya-tanya adakah benar rangkaian restoran jenama Nando’s bakal menutup operasi di Malaysia. Jawapannya tidak, mereka hanya mengucapkan selamat tinggal kepada pinggan mangkuk lama kerana rangkaian restoran Nando’s bakal menerima reka bentuk pinggan yang lebih menarik dan moden.

Pertanyaan ini hadir bilamana Nando’s memuat naik gambar dengan kata-kata perpisahan ‘selamat tinggal’ di media sosial mereka. Ucapan itu telah meninggalkan ‘netizen yang jenis baca tajuk’ dengan tanda tanya sehingga ada sesetengah ‘netizen yang jenis baca tajuk’ mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana telah menyajikan mereka dengan makanan yang enak serta layanan yang baik.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Memetik laporan Malay Mail yang melihat laman web rasmi Nando’s Malaysia, pihak pengurusan menyatakan bahawa pinggan mangkuk baru yang lebih cantik akan direka oleh seorang seniman muda Afrika Selatan. Nando’s pula akan menjual kembali pinggan mangkuk lama dan hasil jualan tersebut akan diserahkan kepada NGO yang membantu golongan yang memerlukan.

Jurucakap Nando’s Malaysia memberitahu bahawa pihak restoran akan mempamerkan pinggan mangkuk lama di hadapan kedai mulai hari ini dan pelanggan boleh membeli dengan setiap orang dihadkan kepada lapan keping pinggan mangkuk sahaja.

Semua cawangan Speedy tawar promosi mega sebelum tutup operasi. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Semua Cawangan Speedy Tawar Promosi Mega Sebelum Tutup Operasi Secara Rasmi

Tidak Mahu Rugi, Pawagam Di Seluruh Malaysia Bakal Tutup Operasi Mulai 2 November Ini?

Mahu Tumpu Pasaran UK, Tesco Rancang Tutup Operasi Di Malaysia?