Buat semua peminat tegar Nando’s mesti anda dah terbiasa dengan keenakan ayam peri-peri Nando’s yang ikonik tu. Dimakan pula dengan sos istimewanya, betul-betul memberikan rasa pedas yang memuaskan.

Berita baik untuk anda semua, Nando’s kini nak bawakan perisa terbaru yang tak kurang hebatnya dengan letusan rasa pedas yang lebih umami! Kalau sebelum ini perisa ini hanya terdapat di United Kingdom dan Ireland, kali ini ia dah mendarat di Malaysia. Yeah!

Kami dah cuba, jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

Smoky Churrasco, perisa baharu edisi terhad!

Untuk pengetahuan anda, Churrasco bermaksud barbeku dalam bahasa Portugis memberikan pengalaman rasa yang luar biasa dengan gabungan unik rasa barbeku ala Portugis.

Istimewanya perisa Smoky Churrasco ni, ia dibuat dengan lemon yang menyegarkan, bawang putih dan herba dengan sentuhan paprika salai serta PERi-PERi, memberikan keseimbangan sempurna antara rasa masam, pedas dan smoky!

Tak hairanlah apabila ia berada pada tahap “HOT” di PERi-ometer.

Pergh, bayangkan ayam panggang Nando’s yang juicy dan smoky, ditambah pula dengan perisa signature PERi-PERi, memang setiap gigitan tu memberikan rasa yang pedas, berasap yang pasti memuaskan selera anda.

Serius anda kena try! Kami pun masih teringat-teringat dengan rasanya.

Oh ya, Smoky Churrasco juga adalah perisa baharu yang anda boleh pilih untuk sebarang item di dalam menu yang memerlukan pilihan basting perisa, termasuk semua hidangan ayam, bowls, mushroom bowls, hati ayam dan lain-lain lagi.

Yang paling penting, perisa Smoky Churrasco ni hanya terdapat dalam masa terhad, jadi anda kena cepat-cepat ke Nando’s dan cuba sendiri sebelum terlambat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Nando’s.