Bekerja bukan bermakna anda perlu mengabaikan kesihatan atau membelanjakan wang yang banyak untuk makanan. Bagi anda yang bekerja, semestinya ketika waktu makan tengahari pasti mencari makanan yang cepat dihidang atau on the go, bukan?

Akan tetapi, makan di luar boleh menjadi penyebab pengeluaran yang besar jika tidak dirancang dengan bijak. Oleh itu, kami ingin kongsikan beberapa tip untuk bantu anda menjimatkan wang semasa makan di luar.

Baca Juga:

Sumber gambar: Diatabs

1. Kejar promosi dan diskaun

Kini semua benda berada di hujung jari di mana anda boleh selongkar aplikasi makanan, website dan media sosial yang memberikan kod promo atau diskaun untuk restoran berdekatan. Bolehlah anda dapat makanan idaman dengan harga murah!

2. Cari tempat makan berpatutan

Ukur kemampuan di baju sendiri, anda boleh mencari tempat makan berpatutan dengan isi poket anda. Jangan kerana mahu mengikut trend, setiap hari mencuba kedai makan viral yang mungkin harganya mahal.

3. Kongsi makanan dengan rakan seperjabat

Nak lebih jimat, anda boleh berkongsi makanan dengan rakan seperjabat iaitu membeli beberapa lauk dan kongsikan makanan serta pembayaran.

Oh ya, kalau anda mencari makanan tengahari on the go dengan harga yang berpatutan, sedap dan sihat, apa kata makan di Nando’s. Tak percaya?

Nando’s baru sahaja memperkenalkan hidangan menu tambahan selain perisa ayam kepak baharu dengan sentuhan magik PERi-PERi bagi memenuhi cita rasa pelanggannya dengan
tawaran harga RM20 ke bawah.

Untuk pengetahuan anda, dua menu utama yang baharu diperkenalkan oleh Nando’s ialah hidangan mangkuk dan kepak penuh rasa.

Hidangan ‘on the go’ dalam mangkuk

Salah satu tarikan menu baharu mereka ialah PERi-honey Chicken Thigh Bowl, iaitu paha ayam lembut yang diperap dalam PERi-honey Yuzu berharga RM20.90 mampu memberikan kepuasan kepada pelanggannya.

Selain itu, PERi-mac & cheese adalah hidangan mangkuk berisi makaroni krim dan keju dengan harga RM17.90 yang merupakan hidangan istimewa bagi mereka menggemari sedikit kepedasan.

PERi-crackle Chicken Bowl (RM17.90) dimana anda boleh memilih nasi Mediterranean, nasi pedas atau mee dihidang bersama isi ayam PERi-PERi dan diakhiri dengan hidangan PERi-crackle yang rangup.

Kepak penuh rasa

Nando’s turut melancarkan dua hidangan kepak baharu, iaitu PERi-honey Yuzu Wings dan PERi-crackle Wings di mana pelanggan boleh memilih set empat atau enam kepak yang masing-masing berharga RM15.90 dan RM21.90 sahaja.

PERi-honey Yuzu Wings adalah kepak ayam bersalut PERi-madu yang manis dan pedas yang dimasak sempurna disaluti dengan wangian yuzu yang kompleks.

Manakala PERi-crackle Wings pula kepak ayam diperap dengan sos khas dan dihidang bersama kekriukan PERi-crackle yang memukau.

Nando’s juga tampil dengan pencuci mulut asli Portugis, Bolo & Bola. Bolo de Arroz ialah muffin beras Portugis yang memperlihatkan keunikan rasa manisnya.

Manakala Bola de Berlim ialah donut berinti kastard yang membawa seribu satu rasa. Pencuci mulut istimewa ini berharga RM9.90 untuk setiap set.

Untuk maklumat lanjut dan mahu melihat pelbagai tawaran menarik yang lain boleh layari laman web rasmi Nando’s atau melalui Instagram dan Facebook untuk melihat pelbagai tawaran menarik yang lain.