Sebut mengenai Nas Daily mungkin beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula menempa nama dengan menghasilkan video pendek di Facebook seterusnya mencetuskan kontroversi antara yang membuatkan beliau menjadi perhatian dunia.
Beliau yang sebelum ini pernah memuat naik video yang mencetus kemarahan warganet Malaysia dengan membandingkan Malaysia dengan Singapura baru-baru ini telah mengumumkan beliau sudah menemui sebuah negara yang beliau bakal menetap selepas hampir tiga tahun mengembara.
Negara yang dipilih nampaknya tidak mengejutkan ramai setelah Nas Daily memilih Singapura sebagai tempat tinggalnya. Lebih serius, beliau bakal memindahkan syarikatnya untuk bertapak di Singapura.
Selain itu, teman wanitanya di dalam sebuah perkongsian Instagram turut tanpa berselindung turut mengumumkan mereka bakal berpindah ke Singapura. Walaubagaimanapun, dikatakan Nas Daily tidak berminat untuk memohon warganegara Singapura setakat ini.
Berikutan pengumuman yang dibuat, tidak hairanlah Nas Daily bersama teman wanitanya kerap memuji dan kagum dengan negara Singapura. Malah, di dalam sebuah video Nas Daily didapati beliau turut diiringi oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.