Malaysia selalu dianggap sebagai syurga makanan, dari utara membawa ke selatan, sehinggalah merentasi laut untuk sampai ke borneo. Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan.

Tetapi tahukah anda bahawa dalam banyaknya budaya dan makanan yang Malaysia kuasai, ada juga yang masuk senarai ‘paling teruk’ atau tidak enak oleh penilai antarabangsa.

Baca Juga:

Terbaharu, TasteAtlas, sebuah organisasi kandungan makanan menilai Nasi Goreng Kambing dari Malaysia sebagai makanan paling ‘paling teruk’ di dunia.

Dalam senarai 100 makanan terburuk bagi tahun 2023, Nasi Goreng Kambing terselit pada nombor 48 dunia dan bagi peringkat Asia Tenggara pula, ia berada di tangga kedua terburuk.

Tidak pasti bagaimana carta ini dikeluarkan, tetapi kami percaya mungkin panel yang menilai tidak merasa Nasi Goreng Kambing yang benar-benar sedap.

Atau boleh jadi mereka beranggapan bahawa kombinasi di antara Nasi Goreng dan Kambing adalah tidak sesuai.

Untuk rekod, terdahulu seorang lelaki dari Jepun turut meluahkan rasa kurang senang beliau kepada makanan Malaysia.

Dalam temubual dengan salah seorang pencipta kandungan di negaranya, beliau dengan jujur menyatakan bahawa makanan Malaysia tidak enak dan tidak mahu bertandang ke negara ini.