Agensi perisikan Amerika Syarikat, CIA mengeluarkan hasil siasatan mereka ke atas nasi lemak, yang merupakan makanan tradisi orang Malaysia.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Dan ianya sangat siginfikan dengan sarapan pagi ‘berat’ rakyat Malaysia.

Baca Juga:

CIA adalah agensi perisikan Amerika Syarikat yang menghantar perisiknya ke merata dunia. Siapa sangka Nasi Lemak kini berada dalam fail risikan CIA.

Dan ianya dikongsikan kepada umu. Dalam kenyataannya CIA menulis:

“Nasi lemak is considered the national dish of Malaysia and is a popular Malay breakfast food. Its name in Malay literally means “fat rice” because its preparation makes it rich and creamy.

“It consists of fragrant rice cooked in coconut milk with pandan leaves, lemon grass, ginger, and other spices.

“Nasi lemak is usually served with a hard-boiled egg, fried anchovies, sambal paste, and roasted peanuts.”

Atau terjemahannya: “Nasi lemak dianggap sebagai makanan kebangsaan Malaysia, dan ianya adalah sarapan bangsa Melayu yang popular. Namanya dalam bahasa Melayu secara tersuratnya, ‘nasi lemak’ kerana persiapan menjadikannya penuh rasa dan berlemak.

“Ianya menggunakan beras wangi yang dimasak bersama santan dan daun panda, serai, halia, dan rempah lain.

“Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis goreng, pes sambal dan kacang tanah yang dipanggang.”

CIA kemudian menyatakan bahawa: “Factbook CIA adalah sumber umum yang membekalkan hasil risikan daripada 266 entiti dunia, termasuk fakta pengembaraan dan profil negara.”