Umum ramai mengetahui harga barang mentah agak tinggi pada hari ini. Bagaimanapun masih ada peniaga yang menjual makanan semurah yang boleh kepada pelanggan.

Bagaimanapun seorang gadis terkejut didakwa meniaga tidak ikhlas selepas ada seorang mak cik berasa nasi lemak RM3 itu sudah mahal.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video TikTok @hakaklawa_fyon, ada seorang mak cik datang ke gerainya bertanya harga nasi lemak yang dijualnya.

@hakaklawa_fyon

Replying to @ateng.atengloh Hanya Allah yang tau saya Ikhlas atau Tidak. Tapi sepangjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya “TIDAK IKHLAS”. apatah lagi “TIDAK MURAH HATI”. Orang yang kenal saya, kenal lah.. tapi saya bukan minta untuk dikenali, cuma minta difahami. Saya, generasi dr mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 TAHUN, dari harga 1 ringgit hingga lah sekarang 3 ringgit. Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam². Kami sangat jaga KUALITI. Masak nasi pun bukan guna santan murah. semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai “NASI LEMAK”. Di kes ini, makcik ni juga seorang peniaga. Saya tidak tahu apa motif dia dtg sergah saya mcm ni. Adakah untuk menjatuhkan semangat saya, mungkin? Semoga dia tidak ulang sikap dia terhadap peniaga lain.☺️ Ya Allah, Perluaskan lagi rezeki kami seluas lautanMu. Dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki sesama manusia. Aamiin Ya Allah. #peniaganasilemak #randomvideo #tidakmurahhati

♬ original sound – ChiruX9_official – ChiruX9_official

Apabila gadis itu menjawab; nasi lemak bilis RM3, nasi lemak kerang atau ayam RM4, dia lantas menyatakan harga itu mencekik darah.

“Mahal juga kau jualkan, sikit saja,” kata mak cik itu kepada peniaga nasi lemak tersebut.

Antara sebab dia mendakwa nasi lemak itu mahal kerana harga ikan bilis sekilogram cuma RM35 sahaja.

Walaupun gadis itu memberikan jawapan munasabah mengapa harga tersebut berpatutan, mak cik itu tetap mempertahankan pendiriannya.

“Terlalu mahallah, terus terang. Sebab ikan bilis RM35 saja sekilogram. Saya juga pun jual, biasa masak.

“Ini saya mahu tegur, memang mahu cari untung, tapi berpada-pada,” kata mak cik tersebut.

Jumlah tujuh bungkus nasi lemak yang dibelinya RM21, semasa gadis itu mahu memberikan baki, wanita itu terus meminta diskaun RM1.

Namun gadis itu tidak memberikannya kerana ia satu bisnes. Respon gadis itu membuatkan mak cik itu tidak berpuas hati.

“Bisnes itu bisnes. Tapi kadang-kadang kita perlu tarik pelanggan (dengan beri diskaun),” tegas mak cik itu.

Perkongsian video itu mengundang rasa marah netizen kerana ramai merasakan harga nasi lemak itu sudah terlalu murah pada hari ini.

Sumber Gambar: TikTok @hakaklawa_fyon
Sumber Gambar: TikTok @hakaklawa_fyon

Bagi membalas kenyataan yang dilontarkan mak cik itu, @hakaklawa_fyon berkata dia merupakan generasi ketiga meniaga nasi lemak yang diturunkan ibunya yang sudah meniaga selama 24 tahun.

Tambahnya lagi, pihaknya sangat menjaga kualiti. Nasi yang dimasak tidak menggunakan santan murah. Semua masakan menggunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai nasi lemak.

“Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam-jam,” tegas @hakaklawa_fyon.

Gadis itu turut mempersoal mengapa mak cik datang ‘menyergah’ berkata nasi lemak yang dijualnya mahal. Sekiranya mak cik itu betul-betul seorang peniaga, dia juga patut tahu kos untuk meniaga kian meningkat pada hari ini.