Pemain tengah negara, Natxo Insa menegaskan beliau sedaya upaya cuba membantu pasukan negara ketika perlawanan kedua peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar menentang Bahrain baru-baru ini.

Natxo berkata demikian kepada wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang mana pemain itu dimasukkan pada separuh masa kedua yang menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 1-0.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya cuba bantu sedaya upaya saya,” kata Natxo kepada Zulhelmi.

Kekalahan kepada Bahrain nyata sukar untuk diterima oleh peminat bola sepak tanah air lebih-lebih lagi pasukan negara menampilkan prestasi yang baik sepanjang permainan.

Jaringan tunggal Ali Madan pada masa kecederaan separuh masa kedua sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Bahrain dan memastikan Malaysia tersingkir dari temasya kali ini.

Natxo Insa sendiri menerima kritikan dari peminat dimana kebanyakan dari mereka menganggap pemain berusia 37 tahun itu tidak membantu serta tidak memberi sebarang impak terhadap pasukan negara dalam perlawanan tersebut.

Syamer Kutty Abba digandingankan dengan Stuart Wilkin pada separuh masa pertama dan dua pemain ini menampilkan prestasi cemerlang dimana mereka berjaya mematahkan gerakan serangan lawa di bahagian tengah.

Malaysia berjaya mengikat Bahrain dengan keputusan 0-0 pada rehat separuh masa pertama dan ini membuatkan peminat berasa optimis pasukan negara mampu untuk meraih satu mata dalam perlawanan ini.

Akan tetapi, Malaysia tampil berbeza pada separuh masa kedua dimana Bahrain banyak menguasai permainan dan bahagian tengah pasukan negara dilihat tidak berfungsi khususnya selepas kemasukan Natxo.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon ketika ini hanya menunggu untuk aksi menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini sebagai pelengkap jadual peringkat kumpulan.

Setakat dua perlawanan, Malaysia gagal mengutip sebarang mata selain gagal menjaringkan gol dan dibolosi dengan lima jaringan.