Pemain tengah negara, Natxo Insa menjadi sasaran kritikan peminat selepas skuad Harimau Malaya tewas kepada Bahrain dalam aksi kedua peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 Qatar.

Natxo dimasukkan pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad dimana beliau menggantikan Syamer Kutty Abba di bahagian tengah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas perlawanan, kemasukan Natxo mencetus tanda tanya di kalangan peminat dimana kebanyakan dari mereka menganggap pemain berusia 37 tahun itu gagal memberikan impak seperti mana Syamer pada separuh masa kedua.

Syamer digandingankan dengan Stuart Wilkin pada separuh masa pertama dan dua pemaim ini menampilkan prestasi cemerlang dimana mereka berjaya mematahkan gerakan serangan lawa di bahagian tengah.

Malaysia berjaya mengikat Bahrain dengan keputusan 0-0 pada rehat separuh masa pertama dan ini membuatkan peminat berasa optimis pasukan negara mampu untuk meraih satu mata dalam perlawanan ini.

Akan tetapi, Malaysia tampil berbeza pada separuh masa kedua dimana Bahrain banyak menguasai permainan dan bahagian tengah pasukan negara dilihat tidak berfungsi.

Peminat mengkritik persembahan yang ditampilkan oleh Natxo Insa dimana pemain itu dianggap tidak memberikan sebarang impak terutamanya dalam membantu gerakan serangan.

Kekalahan di tangan Bahrain bermakna pasukan negara sudah tersingkir dari temasya Piala Asia 2023 dan tinggal menunggu untuk aksi menentang Korea Selatan sebagai pelengkap jadual peringkat kelayakan.

Selepas perlawanan semalam, Kim Pan-gon turut memohon maaf kepada peminat bola sepak tanah air kerana meletakkan sasaran yang terlalu tinggi bagi skuad kebangsaan.