Presiden FIFA, Gianni Infantino tampil mempertahankan pendirian badan induk bola sepak dunia itu yang enggan menggantung negara haram daripada kejohanan antarabangsa meskipun tekanan semakin memuncak susulan konflik di Pal*stin.

Menurut Infantino, FIFA tiada kuasa untuk campur tangan atau menyelesaikan isu geopolitik mana mana negara. Kerana FIFA adalah organisasi yang bertanggungjawab ke atas sukan bola sepak sahaja.

Infantino pada masa yang sama menekankan bahawa bola sepak hanya mampu menjadi medium penyatuan, bukannya penyelesaian kepada masalah geopolitik.

“FIFA tidak boleh menyelesaikan masalah geopolitik, tetapi ia mesti menggunakan nilai perpaduan, pendidikan, budaya dan kemanusiaan dalam bola sepak,” katanya dalam satu kenyataan media.

Infantino turut menyatakan solidariti bersama rakyat yang menderita akibat peperangan di seluruh dunia, termasuk Gaza, namun tidak menyebut langsung tentang negaram haram itu dalam kenyataan rasmi mahupun di media sosialnya.

Menariknya, langkah FIFA berbeza dengan tindakan pantas pada 2022 apabila Rusia digantung sejurus menceroboh Ukraine. Perkara itu menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pemerhati bola sepak antarabangsa.

Ketua Persatuan Bola Sepak Norway, Lise Klaveness antara suara lantang yang menggesa Isr*el digantung, menyifatkan situasi ini sama dengan Rusia. Norway dijadual menentang negaram haram dalam kelayakan Piala Dunia 2026 pada 11 Oktober nanti.

Setakat ini, Isr**l berada di tangga ketiga kumpulan dengan sembilan mata, sama seperti Itali, manakala Norway di puncak dengan 15 mata.

Sebelum ini jurucakap FIFA memberitahu Independent bahawa mereka akan membincangkan isu berkaitan negara haram dalam bola sepak. Namun malangnya, FIFA tidak berminat untuk membincangkannya.

Laporan yang sama menegaskan bahawa, kalau ada pun, perbincangan diletakkan dalam sesi ‘agenda pelbagai’ yang biasanya untuk membincangkan isu sampingan yang dianggap tidak penting.

Kenyataan FIFA ini menimbulkan kritikan daripada ramai pihak. Sebelum ini, FIFA menggantung Rusia pada 2022, sejurus selepas tentera Rusia menceroboh Ukraine — walaupun Rusia menjadi tuan rumah Piala Dunia empat tahun sebelumnya.

Ketua Persekutuan Bola Sepak Norway, Lise Klaveness, minggu lalu menyeru supaya negara haram itu digantung.

“Secara peribadi, saya fikir jika Rusia digantung, I*rael juga patut digantung. Itu pendapat peribadi saya,” katanya.

Norway dijadual menentang negara haram tersebut dalam kelayakan Piala Dunia 2026 di Oslo pada 11 Oktober.

Nagara haram kini berada di tempat ketiga dalam kumpulan mereka dengan sembilan mata, sama seperti Itali yang di tempat kedua, manakala Norway di tangga teratas dengan 15 mata.