Bekas pemain Manchester United dan Chelsea, Nemanja Matic telah dikenakan hukuman penggantungan oleh FA Perancis kerana tindakannya menampal pelekat pada logo pelangi.
Tindakan Matic itu dianggap tidak menghormati kempen pelangi yang dilancarkan di Liga Perancis dan dalam bola sepak Perancis.
Matic dilaporkan digantung 4 perlawanan oleh FA Perancis kerana tindakannya itu. Menurut peraturan Liga Perancis, pemain yang ingkar akan dikenakan penggantungan 2+2.
Penggantungan 2 perlawanan adalah mandatori. Sementara 2 perlawanan lagi akan ditentukan setelah pemain memberikan penjelasan atau rayuan.
Kebiasaannya, FA Perancis tidak menerima alasan daripada mana mana pemain berkaitan dengan isu ini.
Nemanja Matic tutup logo pelangi
Nemanja Matic telah meletakkan pita pelekat pada logo pelangi sahaja. Dia masih memaparkan logo Ligue 1 pada lengan bajunya.
🚨 Former Manchester United star Nemanja Matić has received a ban in France after taping over a LGBTQ+ logo during a match.
(Source: @MailSport) pic.twitter.com/3QCWUIElDP
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 6, 2025
Tindakan FA Perancis itu membuatkan peminat berbagi pendapat tentangnya. Mereka yang menyokong kempen pelangi ini setuju dengan hukuman tersebut, malah merasakan hukuman itu terlalu ringan untuk Nemanja Matic yang dituduh sebagai h****fobik.
Dan ada yang melabel Matic sebagai mencampur adukkan kempen kemanusiaan dengan agama.
Namun bagi peminat yang lain, mereka mempersoalkan hukuman tersebut. Jelas sekali ianya bertentangan dengan kepercayaan agama Matic yang merupakan penganut Kristian Ortodoks di negaranya.
Dia dibesarkan dengan ajaran agama tersebut sejak dari lahir. Jadi dia menyokong kempen kesamarataan namun tidak menyokong kempen berkaitan hubungan sejenis.
FA Perancis dikritik
Lantas ada yang mengecam FA Perancis sebagai tidak menghormati kepercayaan pemain dari pelbagai agama. Dan berterusan memaksa orang lain menyokong perkara yang ditegah dalam agama mereka.
Pemilik laman X Based Serbia menulis: “Pemain bola sepak asal Serbia, Nemanja Matic telah digantung selepas menolak untuk memakai lencana pelangi yang merupakan sebahagian daripada mandatori ketika kempen Pride.
“Kamu dilarang untuk tidak bersetuju. Ini bukan kebebasan, ini adalah diktaktor dalam ideologi.”
Serbian footballer Nemanja Matić 🇷🇸 has been suspended after refusing to wear the LGBT 🏳️🌈 badge as part of a mandatory "Pride" campaign. Punishment: 4-match ban.
You’re not allowed to disagree. That’s not freedom, that’s ideological dictatorship 🇪🇺
Support for @NemanjaMatic pic.twitter.com/GRGMC57tmP
— Based Serbia (@SerbiaBased) June 5, 2025
Ini bukanlah kes pertama pemain yang enggan memakai logo pelangi dikenakan tindakan atau tekanan di Perancis dan Eropah termasuk dilarang beraksi oleh kelab mereka sendiri.
Sebelum ini pemain Nantes berasal dari Mesir, Mostafa Mohamed direhatkan oleh kelabnya untuk aksi penting pada aksi terakhir musim yang menentukan mereka kekal atau tersingkir daripada Ligue 1 menentang Montepellier.
Sedangkan dia merupakan pemain penting kelab tersebut.
“Saya percaya kepada saling menghormati — rasa hormat yang kita berikan kepada orang lain serta rasa hormat yang kita berikan kepada diri sendiri dan kepercayaan kita.
“Bagi saya, terdapat nilai-nilai yang mendalam dan berakar umbi yang berkait dengan latar belakang dan kepercayaan saya yang menjadikan penyertaan saya dalam inisiatif ini sukar,” kata Mostafa Mohamed di Instagram sebelum perlawanan.
Pada musim lalu, pemain tengah Monaco ketika itu, Mohamed Camara, 25 tahun, digantung empat perlawanan kerana menutup logo pelangi di bajunya dengan pita.
Beberapa pemain Toulouse pula terlepas satu perlawanan pada tahun 2023 selepas kelab tersebut menyatakan bahawa mereka telah “menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap pengaitan imej mereka dengan warna pelangi yang mewakili gerakan L G * T.”