Netizen di X berperang mulut tentang pelantikan Datuk Sri Siti Nurhaliza oleh Universiti Malaya sebagai Pakar Pendidikan Berterusan untuk dua tahun.
Pemilik akaun X Klutzy Kucing menulis: “Atas dasar dan kelulusan apa beliau dilantik sebagai pakar di UM?”
Sambil Klutzy sudah bersedia dengan serangan daripada peminat Siti Nurhaliza yang disebut Sitizoners.
Netizen yang lain menegaskan bahawa soalan tersebut adalah ‘legit’ untuk rakyat Malaysia tahu. Memandangkan Siti Nurhaliza merupakan penyanyi no.1 tanah air.
Ini soalan yang legit. Bagus untuk rakyat tahu sebenarnya.
— Saniboey Mohd Ismail (@saniboey) June 24, 2024
Ramai yang berbelah bagi dalam pendapat mereka berkenaan pelantikan tersebut. Ada juga yang menegaskan bahawa mengambil kira pengalaman Siti Nurhaliza dalam bidang muzik, memang dah boleh digelar pakar. Dia juga memiliki pengalaman yang sangat luas dalam bidang seni persembahan.
Dan akhirnya Knizam memberikan penjelasan bahawa Siti Nurhaliza ditempatkan dalam bidang muzik kerana itu adalah kepakarannya. Sambil mempersoalkan tindakan pemilik akaun X yang mengambil info sekerat sahaja untuk mengajak orang mengumpat TokTi.
Dan akhirnya sendiri yang mendapat malu kerana diserang di hantaran sendiri.
Dah dia bidang muzik dia ditempatkan kat bidang berkaitan muzikla bodo. Apa yg ko bengap sgt?ni poster program tu. Tak faham apa yg ko sakit hati? Kena serang sbb kebodohan sendiri. Boleh je google daripada ambil sekerat info tempek dan ajak org mengumpat dato siti nurhaliza pic.twitter.com/wp7PnGGsaw
— KnizaM Leo π²πΎπ° (@kroolnizam) June 24, 2024
Dengan pencapaian dan kepakaran Siti Nurhaliza dalam bidang vokal sudah tentunya dia dianggap sangat layak untuk dilantik sebagai pakar oleh Universiti Malaya dalam bidang tersebut.
Program tersebut adalah di bawah UMCCed. Jadi sindiran ke atas Siti Nurhaliza dianggap sebagai tidak berasas. Konsep UMCCed adalah pembelajaran sepanjang hayat. Dan tidak perlu memohon menerusi sistem UPU.