Kuala Lumpur dan warga Indonesia memang tidak dapat dipisahkan. Namun, akhir-akhir ini, suasana itu terasa sedikit berbeza.

Bukannya kritikan daripada orang luar, tetapi kali ini netizen Indonesia sendiri yang bersuara lantang meluahkan rasa “meluat” dan malu melihat gelagat segelintir rakan senegara mereka di ibu kota Malaysia ini.

Perkara ini dibangkitkan sendiri oleh seorang lelaki dari negara jiran yang berdepan situasi memperlihatkan sikap segelintir rakan senegara yang mengganggu ketenteraman warga lokal sewaktu menggunakan fasiliti awam.

“Sewaktu MRT di KL, ada seorang lelaki dari Indonesia yang duduk dalam gerabak khas untuk wanita sampai ditegur warga tempatan.

Namun, dia masih berkeras mengatakan tiada sebarang masalah kerana masih kosong. Selepas itu, mereka pula menghalang laluan eskelator di bahagian kanan sehingga mengganggu laluan. (secara norma warga lokal akan memberi laluan buat yang mahu bergerak dalam kadar segera).

Tambahnya, tidak hairanlah jika pasport mereka dipandang remeh di peringkat antarabangsa.

Seorang wanita yang turut merupakan ekspatariat yang sudah menetap selama tiga tahun di Kuala Lumpur juga berkongsi satu pengalaman ketika menunggu rakan di Stesen MRT Bukit Bintang bertukar menjadi satu insiden yang agak janggal.

Sedang leka berbual di telefon dalam Bahasa Indonesia, saya menyedari kewujudan sekumpulan pelancong dari negara seberang di sebelahnya.

Namun, keadaan berubah menjadi kurang menyenangkan apabila mereka dengan selambanya duduk bersila di atas lantai stesen untuk menjamah nasi bungkus menggunakan tangan.

Situasi menjadi lebih tidak terkawal dan memalukan apabila sisa makanan kanak-kanak dari rombongan tersebut dibiarkan bersepah merata-rata, mencemarkan kebersihan kawasan stesen awam berkenaan.

Netizen Indonesia Dakwa 'Meluat' Lihat Kerenah Warganya Di Kuala Lumpur
Sumber Gambar: Threads

Sementara seorang warga tempatan turut menunjukkan bukti sebuah gambar yang memperlihatkan gelagat dua orang individu yang dipercayai dari Indonesia selamba duduk di atas lantai ketika LRT dipenuhi oleh orang ramai.

Selain itu, ada yang berkongsi insiden di mana segelintir warga Indonesia yang sanggup memotong barisan sewaktu waktu puncak di LRT di samping menghalang laluan di eksklator sehingga perlu ditegur dengan tegas barulah mahu mengikut peraturan.

Bermula daripada isu kekecohan di pengangkutan awam hingga ke sikap pentingkan diri sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam, luahan ini bukanlah niat untuk menjatuhkan, tetapi sebuah teguran jujur daripada hati.

Bagi mereka yang sudah lama menetap di sini, melihat imej bangsa tercalar dek perbuatan segelintir individu adalah satu beban yang berat untuk dipikul.

Isu ini sebenarnya mengingatkan kita semula tentang satu prinsip lama: “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.” Ia bukan sekadar soal peraturan, tetapi soal rasa hormat kepada negara yang telah memberi ruang untuk kita mencari rezeki dan berteduh.