Jepun merupakan salah satu negara paling selamat di dunia kerana kadar jenayahnya yang sangat sedikit. Salah satu buktinya adalah apabila barangan milik anda yang hilang di tempat awam boleh ditemui semula dalam masa singkat sahaja.

Bukan sekadar itu sahaja, mereka juga cukup terkenal dengan sifat budi bahasanya yang tinggi sekaligus disegani di seluruh dunia.

Baca Juga:

Memandangkan Jepun kini menjadi pilihan lokasi pelancongan oleh warga dunia, difahamkan negara itu mengalami pelbagai kekacauan sehinggakan banyak tempat menarik terpaksa ditutup demi keharmonian warga tempatan.

Netizen jepun
Sumber Gambar: agoda.com

Ini termasuklah sebahagian lokasi terkemuka seperti lorong persendirian di daerah Geisha di Kyoto kerana ada pelancong berkelakuan buruk sebagai contoh membuang putung rokok sesuka hati, pakaian kimono dikoyakkan dan merakam gambar tanpa izin.

@dreaming.heather

I had a feeling this would be the situation but i didnt expect the lines on both sides of the street lol. I think once the store is closed it’s less busy and also early in the day. Lawson’s at Mount Fuji #mountfuji #mtfuji #traveljapan #japantraveltips #kawaguchiko

♬ original sound – Our Awesome World 🌎

Malah, pada minggu lepas, kerajaan Jepun memaklumkan bakal membina penghalang hitam setinggi 2.5 meter (m) bagi menutup pemandangan di lokasi tular Gunung Fuji.

Hal ini kerana ada pelancong yang tidak dapat menghormati peraturan dengan meninggalkan sampah dan mengabaikan peraturan lalu lintas.

Terkini, tular di platform X berhubung sebuah gambar memperlihatkan keadaan mesin layan diri yang telah dirosakkan oleh seseorang. Pemilik ciapan itu lantas meluahkan rasa terkejut dengan fenomena tersebut kerana ia memang sesuatu yang jarang berlaku di negara matahari terbit itu.

Hantaran itu sememangnya menjadi perbualan hangat di media sosial yang mana rata-ratanya mula menunding jari ke arah golongan imigran yang mula masuk secara beramai-ramai ke negara itu.

Jadi, ramai netizen Jepun meluahkan rasa tidak selamat lagi di negara itu dan risau jika kalau pada satu masa nanti keadaan bertukar menjadi lebih teruk.

“Saya rasa jika membiarkan lebih banyak kemasukan warga asing, kerosakan seperti ini akan meningkat… Saya tidak tahu siapa pelakunya tetapi inilah sebab mesin layan diri tidak dipasang di luar negara,” luah seorang netizen.

“Adakah ini benar-benar Jepun? Kami memang tidak memerlukan warga asing yang jahat di sini,” kongsi seorang netizen lagi.

“Golongan globalis cuba memusnahkan Jepun sama seperti mereka memusnahkan Eropah dan Amerika Utara,” kata seorang netizen lain.

“Apabila jumlah warga asing bertambah, inilah yang akhirnya berlaku. Kishida, awak nak bertanggungjawab tak?,” soal seorang netizen kepada Perdana Menteri mereka selepas memperkenalkan polisi imegresen terbaharu.

Bagi mereka, individu berstatus imigran ini tidak mempunyai sifat nilai murni seperti warga tempatan bahkan apatah lagi mahu mengikuti undang-undang di negara itu. Mereka turut menyalahkan kerajaan kerana memperkenalkan dasar imigran yang lebih terbuka.

Ini tidak kira lagi dengan pendatang yang masuk tanpa izin sekaligus sukar untuk dijejaki jumlah sebenar warga asing yang berada di negara itu pada ketika ini.

Difahamkan kerajaan Jepun mula melonggarkan kemasukan imigran ke negara itu selepas menerima idea Amerika Syarikat yang mahu “lebih terbuka” terhadap bangsa lain dan tidak mahu digelar xenophobic.

Adakah Jepun akan bertukar menjadi seperti negara Kanada dan Amerika Syarikat apabila golongan imigran dilihat lebih berkuasa dan melakukan onar sesuka hati sehingga mengganggu ketenteraman rakyat setempat?