Setiap insan yang dilahirkan ke dunia memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Namun, sesuatu kekurangan yang terjadi pada seseorang bukanlah menjadi kayu pengukur kepada kebolehan seseorang.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan yang mesra disapa sebagai Marissa telah menjadi popular di media sosial selepas videonya mempamerkan kehebatan melukis secara digital.

Baca Juga:

@nurmarissahana

si tenyeh Marissa😂 #dyslexiaMarissa #dyslexiaawareness #dyslexiayoungtalent

♬ Murder – Bgnzinho

Lebih mengujakan lagi, adik Marissa yang dimaklumkan menghidapi penyakit disleksia ini boleh melukis dengan tangan kiri tanpa menggunakan rujukan visual.

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @nurmarissahana, ia memaparkan kanak-kanak perempuan itu melukis wajah watak kartun menerusi sebuah model tablet keluaran Realme.

“Mama geram dengan anak bertuah sorang ni… kat mana-mana pun asyik tenyeh.. tenyeh tu ape? Tu yang dia tengah buat tu la,” tulis kapsyen dalam video berkenaan.

Menariknya lagi, kanak-kanak itu hanya melukis dengan menggunakan dua jarinya dengan begitu pantas. Dengan bantuan tools yang terdapat dalam gajet elektronik itu memudahkan lagi proses penghasilan karyanya.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen sangat kagum dan memuji setelah melihat bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak perempuan itu.

marissa
Sumber Gambar: TikTok @nurmarissahana
marissa
Sumber Gambar: TikTok @nurmarissahana

Bahkan ada yang mengagumi daya ingatannya yang sekali imbas kerana mampu melukis tanpa perlu melihat kembali visual (gambar).

Setakat hari ini, video tersebut telah menerima jumlah tontonan setinggi 1.7 juta dengan 71.8K tanda suka dan sejumlah komen daripada pengguna TikTok.

Malah, ramai turut meminta ibunya untuk mengasah bakatnya lagi kerana berpotensi menceburi bidang grafik secara profesional di samping menyediakan iPad yang lebih berkuasa untuk menerokai bakat terpendam di dalam adik Marissa.

Sebagai pengetahuan umum, Disleksia adalah sejenis pembelajaran khusus. Meskipun ia dilihat sebagai kekurangan, penghidap memiliki daya imaginasi yang tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir daripada persepektif yang berlainan.