Netizen berasa jijik dengan sebuah group dalam laman media sosial Facebook yang berkongsi gambar pelajar sekolah.

Menurut perkongsian pengguna X, terdapat satu group yang berkongsi gambar pelajar sekolah dan dijadikan sebagai  objek lucah oleh ahli kumpulan itu.

Group Jijik Di Laman Facebook

Menurutnya, ahli group itu terdiri daripada lelaki dari golongan pelbagai usia dan sering menulis komen berunsur lucah setiap kali ada gambar yang dimuat naik.

Netizen kemudiannya menggesa agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan agar kumpulan itu segera ditutup.

Di zaman serba moden ini, masyarakat perlu lebih berhati-hati dan peka agar perkara seperti ini boleh dicegah dengan kadar segera.

Selain merosakkan masyarakat, kumpulan seperti ini juga menjadi sarang kepada scammer untuk mencari mangsa.