Netizen hairan bagaimana Tyzo boleh tidak disambung kontrak di stesen radio Suria FM sedangkan dia adalah pemenang Anugerah Penyampai Radio Paling Popular ABPBH yang lalu.
Perkara itu disahkan sendiri Pengurus Besar Suria FM, iaitu DJ Lin. Menurut laporan Sinar Harian, ianya sesuai dengan langkah stesten itu dalam merangka strategi dan perancangan baharu untuk produk lebih segar pada tahun ini.
Baca Juga:
- Tyzo: “Jangan Spin Cerita Selepas Ini, Saya Tak Redha”
- ‘Akan Sembuh Jika Tinggalkan Dunia Radio’ – DJ Lin Dedah Penyakit ‘Misteri’ Yang Dihadapi
- Shuib Umum Tarik Diri Dari Suria FM, Mahu Beri Fokus Terhadap Perniagaan
@tyzoxander Terima kasih peluang dan ruang. 2023 pahit ada manis. Selamat tinggal..🥰
DJ Lin berkata: “Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin lagi.
Netizen sukar menerima keputusan Suria FM untuk tidak melanjutkan kontrak Tyzo sedangkan beberapa bulan lalu dia baru sahaja memenangi anugerah penyampai radio paling popular.
Bagaimana pula dia boleh menjadi nama yang disingkirkan daripada pojek baharu stesen itu, sedangkan dia adalah penyampai radio paling popular dan antara yang terbaik ketika ini.
@majoritiofficial Terima kasih Tyzo di atas segalanya, selamat tinggal & semoga semuanya dipermudahkan 😭🥹 majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia suriafm tyzo radiomalaysia dj
Netizen benar benar sedih dengan berita Tyzo tidak lagi disambung kontrak di Suria FM.
Di media sosial ramai peminat menzahirkan kecewaan mereka. Ada yang berkata mereka akan meninggalkan siaran Suria FM selepas ini.
Secara rasminya aku dah tak dengar Suria FM. Aku rasa few days ago aku dah zahirkan kerisauan dengan kacau bilau Suria FM. Segmen pagi tah apa-apa main sumbat dj. Lepastu Tyzo tiba-tiba ditamatkan khidmat.
— Nopal (@NaufalAntezem) January 12, 2024
Ramai percaya, Tyzo akan mendapat pekerjaan di tempat lain selepas ini kerana ‘market’ beliau masih tinggi.