Sebuah restoran baru di Kuala Lumpur telah membuat para netizen ‘bertekak’ di media sosial dengan menawarkan hidangan makanan yang kontroversi, iaitu nasi lemak berlaukkan durian.

Memetik laporan Yahoo News, Restoran yang dikenali sebagai In Between X Briyani Mak ini menyajikan beragam hidangan, antara lain nasi lemak, ayam masak merah (ayam saus merah), ayam masak masala (ayam saus masala), dan nasi briyani.

Baca Juga:

Namun, yang menarik perhatian pengguna media sosial adalah durian yang ditambah sebahagai hidangan utama untuk menu nasi lemak. Apa yang menariknya, pelanggan boleh pilih nak durian jenis Musang King, Blackthorn, atau pelbagai lagi.

@kl.foodie

Spotted Nasi Lemak Durian in KL 😱 📍In Between x Briyani Mak @ Jalan Titiwangsa, KL

♬ Say So (Instrumental Version) [Originally Performed by Doja Cat] – Elliot Van Coup

q

Video yang dimuat naik oleh KLFoodie tersebut tular dan menerima pelbagai pandangan dan buah fikiran daripada netizen. Ada yang rasa itu satu hidangan yang biasa, manakala yang lain pula meluahkan rasa mual dengan hidangan tersebut.

Selain itu, sebahagian orang turut mempersoalkan tuan kedai tersebut yang bereksperimen atau memodifikasi hidangan nasi lemak kepada suatu yang aneh.

Salah seorang pengguna TikTok mengeluh, “Hidangan nasi lemak semakin rosak sekarang.” Yang lain pula bertanya dengan rasa sedih, “Saya ada satu soalan, kenapaaaaa???”

Bagi sesetengah orang, kesatuan di antara Nasi Lemak dan Durian telah menyimpang jauh, sehingga, “Lol. Ini bukan kombinasi yang baik untuk Nasi Lemak.”

Sumber