Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, orang ramai lebih selesa mencari port makan yang murah di sekitar mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna X berkongsi gambar makanan yang dibeli di sebuah medan selera di Perlis. Apa yang mengejutkan adalah harga yang dikenakan untuk tiga pinggan nasi berlauk hanya serendah RM15.
Difahamkan lokasi sebenar adalah di Medan Selera Sena, Kangar. Malah, ada yang mengesahkan bahawa kedai itu memang menjual ayam yang besar itu pada harga RM5 sahaja.
Bukan itu sahaja, saiz ayamnya juga mencuri perhatian ramai kerana sangatlah besar sehingga hampir menutupi nasi yang diambil.
Susulan ciapan tersebut, majoriti netizen mahu berpindah ke sana selepas mengetahui harga makanannya terlampau murah berbanding di bandar seperti Kuala Lumpur.
Jom, aku nak jadi orang ke-9. https://t.co/w6Ouz91uB3
— امين (@ameenoacid_) April 14, 2024
Orang perlis marah oi kau reveal macam ni . Orang tempatan sorok tempat yang murah murah 🤪 https://t.co/ArxWaRiJnp
— Ayish (@AisyDahliaa) April 14, 2024
as an ex perlis residents aku setuju if anyone nak pindah perlis so many pros kalau stay perlis https://t.co/IigTX9VwEb
— yappinggreentea (@proyappersss) April 14, 2024
Izzat pujuk aku pindah kedah/perlis sebab ni la 😭😭😭
Taknak tinggalkan selangor 😡😡 https://t.co/f5lPq3B7ci
— Caja 🤏🏼 (@alligatoraumm) April 14, 2024
mmg negeri yang aidil dan aku nak berhijrah menetap sehingga habis nyawa kalau ada peluang dan ruang. https://t.co/OKeuzCmCzt
— l i n (@azlynazman) April 14, 2024
Dalam pada itu, peminat tegar kedai makan itu pula berkongsi kehadiran pelanggan semakin ramai datang sehingga sukar untuk mencari parkir. Selain itu, ramai juga berkongsi pengalaman dapat membeli makanan dengan harga yang cukup murah di negeri itu.