Menjelang hari raya pada tahun ini, isu air telah menjadi masalah utama kepada beberapa negeri, terutamanya Kelantan. Pada 22 April yang lalu, The Vocket sempat merakam keluhan rakyat ‘serambi mekah’ yang menyerang ucapan hari raya Air Kelantan disebabkan ketiadaan air.
Selain itu, tindakan seorang Yang Berhormat dari negeri berkenaan yang menggunakan air dari pili bomba untuk disalurkan kepada rakyat dikawasannya turut menjadi perdebatan dan menjadi ukur atur betapa seriusnya masalah air di negeri ini.
Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan netizen apabila tular sebuah surat dimana semua ahli lembaga Air Kelantan bakal mendapat duriah runtuh bernilai RM10,000 sebagai saguhati Hari Raya Aidilfitri.
Surat yang dikeluarkan pada tahun ini dengan logo rasmi Air Kelantan terpampang di bahagian atas menyebut bahawa Pengarah-Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd bersetuju untuk meluluskan pemberian saguhati bernilai RM10,000 kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (senarai ALP Air Kelantan di sini), pemberian saguhati sebanyak RM200 kepada kakitangan dan pemberian saguhati sebanyak RM2,000 kepada Setiausaha Syarikat.
Persoalan yang timbul oleh masyarakat Malaysia adalah kewajaran Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan untuk menerima bonus bernilai RM10,000 sedangkan masalah air di sana masih belum diselesaikan dan kenapa kakitangan syarikat hanya dapat merasa bonus RM200 sedangkan Ahli Lembaga Syarikat mendapat duriah runtuh berlipat ganda?
Kebanyakan netizen memberi reaksi yang pelbagai dengan kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perolehan bonus ini. Sebahagian lagi meminta agar pihak yang bertanggungjawab lebih peka dengan isu semasa.
Kalau supply air sangat keruh, boleh dapat RM 100k ? Sangat sangat keruh, dapat RM 1juta ?
— K.T.2023 (@TK20230204) May 22, 2023
DAHLA SEHARI SEBELUM RAYA AIR TAKDE. API TAKDE, SAMPAI PAGI PUN ELEKTRIK VOLTAN SLOW APEBENDAAA. KERAJAAEYYY ISLEYYY
— 𝒛𝒌𝒅𝒍𝒊𝒏 𝒄𝒓𝒖𝒔𝒉🐻 (@fassyaplease) May 22, 2023
Now kelantan area lembah sireh tak ada air, Bandar kot? AKSB kata kemungkinan bulan 7 ada air atas alasan loji rosak tapi tuh pun tak pasti bulan 7 ada air or tak. Hari hari call nk tanya update, tapi staff susah sangat nk angkat. Tak po laa, demo key nok isley tokse air
— kissy anne 💋 (@kissyyyanne) May 23, 2023
Sbg org klantan..aku rasa compare to negri lain..klntan paling teruk laa corrupted..pakcik2 tua tu lek je xbt keje semua undi juga..tunggy mati dulu laa baru boleh ada pemimpin parti lain mng
— P A N X (@mzharfanm) May 23, 2023
Sejak laporan ini ditulis, Air Kelantan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dan menjawab mengenai kesahihan surat tersebut.